Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pelajar Sekolah Rendah Patah Jari Dilanggar Pemandu Mabuk

Seorang pelajar sekolah rendah dilaporkan patah jari selepas dilanggar kereta yang dipandu lelaki mabuk ketika melintas jalan di hadapan Sekolah Kebangsaan Port Dickson di sini.

Ketua Polis Ibu Pejabat Daerah Port Dickson, Supritenden Maslan Udin dalam kenyataan berkata, kejadian tersebut berlaku pada jam 7.10 pagi melibatkan pemandu kenderaan Perodua Myvi berumur 28 tahun dan seorang pelajar berumur 11 tahun.

Menurut beliau, pemandu berbangsa India itu gagal mematuhi lampu isyarat merah dan akhirnya melanggar pelajar berkenaan.

Ketika kejadian, pemandu berkenaan dalam perjalanan dari Pekan Port Dickson menghala ke arah Teluk Kemang dan pelajar berkenaan sedang melintas jalan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kejadian itu mengakibatkan mangsa mengalami patah ibu jari kaki kanan serta luka di bahagian kaki dan tangan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Maklumnya lagi, pihak polis telah melakukan ujian alkohol ke atas pemandu dan hasil menunjukkan bacaan tinggi sebanyak 203mg alkohol/100mL darah dan 153mg alkohol/100mL nafas.

Pemandu tersebut kini berada di bawah tahanan reman sehingga 27 Oktober 2024.

Siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 44 (1a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan jika disabitkan kesalahan, pemandu boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang daripada tujuh tahun dan tidak melebihi 10 tahun serta denda tidak kurang daripada tiga puluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima puluh ribu ringgit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

“Dia sorang je berani gigit inspektor.” Itu antara komen netizen terhadap satu video yang dimuat naik oleh wanita dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’ di aplikasi...

Lokal

Pempengaruh media sosial dan juga guru selebriti, Cikgu Zack Kirana menjadi perhatian ramai apabila menegur kesalahan ejaan perkataan Ramadan yang sering dilakukan oleh kebanyakan...

Sosial

Seorang wanita yang mengaku sedang dalam pantang selepas bersalin menerima kecaman ramai apabila didakwa makan dan minum di siang hari pada bulan Ramadan. Menerusi...

Lokal

Perbicaraan kes perebutan harta pusaka bernilai lebih RM1.6 bilion membabitkan cucu kepada pengasas Kumpulan Genting, Lim Goh Tong, berlangsung dalam suasana tegang di mahkamah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd