Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Curi Milo & Syampu RM252 Untuk Dijual, Bapa Dua Anak Dipenjara 7 Hari

Seorang bapa kepada dua anak menerima padah selepas dijatuhi hukuman penjara tujuh hari oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana mencuri barangan keperluan seperti Milo dan syampu di sebuah pasar raya di Lunas, minggu lalu.

Tertuduh mengaku bersalah

Memetik laporan daripada Buletin TV3, tertuduh, Muhammad Zani Ishak, 49, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Nur Hamizah Mat Shah.

Curi untuk dijual semula

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa mencuri dua bungkusan serbuk Milo 1.8 kilogram, empat bungkusan serbuk Milo 900 gram, beberapa botol syampu jenama Head & Shoulders serta Clear Men Deep Clean dengan jumlah keseluruhan bernilai RM252.60.

Kesalahan tersebut dilakukan di sebuah pasar raya di Lunas pada jam 10.52 pagi, 15 Julai lalu dan tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun serta boleh dikenakan denda.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam rayuan, peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nur Najihah Ahmad Zulkarnain memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan dengan memaklumkan anak guamnya sudah berkahwin, mempunyai dua anak serta sedang mencari pekerjaan.

Menurutnya, tertuduh turut menyesali perbuatannya dan memaklumkan barangan yang diambil merupakan barangan keperluan.

Walau bagaimanapun, pihak pendakwaan memohon hukuman setimpal selepas dimaklumkan tertuduh dipercayai mencuri barangan tersebut untuk dijual bagi mendapatkan wang.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara tujuh hari bermula dari tarikh tangkapan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Buletin TV3 (Noorazura Abdul Rahman)

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd