Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Remaja Dikecam Biadab, Ganggu Ketenteraman Dalam BTS! Kedutaan Itali Mohon Maaf Kepada Rakyat Thailand

Kedutaan Itali di Bangkok memohon maaf kepada rakyat Thailand selepas sekumpulan pelajar Itali didakwa mengganggu ketenteraman awam ketika berada dalam perkhidmatan BTS Skytrain baru-baru ini.

Menerusi kenyataan rasmi yang diterbitkan dalam tiga bahasa, kedutaan itu meluahkan rasa kesal serta mengecam tindakan sekumpulan warganegara mereka yang masih bawah umur ketika menyertai lawatan sekolah di Thailand.

“Kedutaan Itali di Bangkok melahirkan rasa amat kesal terhadap insiden ini dan mengecam sekeras-kerasnya tingkah laku tidak wajar sekumpulan pelancong bawah umur dari Itali yang menyertai lawatan sekolah,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Kedutaan berkenaan turut menyampaikan permohonan maaf kepada rakyat Thailand dan semua pihak yang terkesan, selain menegaskan tindakan pelajar terbabit tidak mewakili rakyat Itali atau nilai saling menghormati yang menjadi asas hubungan baik antara kedua-dua negara.

Insiden itu mula mendapat perhatian selepas seorang wanita Thailand memuat naik hantaran mendakwa dia cuba menegur sekumpulan remaja terbabit kerana membuat bising di dalam tren.

Bagaimanapun, teguran itu didakwa mengundang reaksi agresif daripada kumpulan pelajar berkenaan sehingga mencetuskan kemarahan pengguna media sosial.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain:  “Mereka Tak Boleh Beli Saya!”- Waris Jutawan Thailand Koyak Perjanjian, Dakwa Diminta Diam Isu Penderaan Seksual Abang

Susulan itu, ramai rakyat Thailand membanjiri ruangan komen Facebook Kedutaan Itali dengan gesaan supaya tindakan sewajarnya diambil terhadap pelajar terbabit.

Syarikat pengendali lawatan sekolah berkenaan turut tampil memohon maaf dan mengakui tingkah laku pelajar itu bertentangan dengan nilai serta disiplin yang diterapkan kepada peserta.

Dalam pada itu, Kedutaan Itali turut berkongsi video berdurasi 95 saat yang memaparkan empat wakil pelajar terbabit membuat permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat Thailand.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kami benar-benar menyesali apa yang berlaku dan memohon maaf kepada semua yang tersinggung kerana telah menghina budaya Thailand,” kata salah seorang wakil pelajar Itali itu.

Sumber: Nation Thailand , TikTok Thairath

Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd