Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Pemandu Van Sekuriti Dikhabarkan Meninggal Dunia Selepas Insiden Cubaan Disamun

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit Tinggi, Klang pada Isnin lalu telah meninggal dunia secara mengejut.

Bagaimanapun, setakat ini tiada pengesahan rasmi bahawa Allahyarham merupakan pemandu van sekuriti yang terlibat dalam kejadian tersebut atau punca kematiannya.

Menerusi satu perkongsian dimuat naik malam tadi, Deena memaklumkan bahawa mangsa, Muhammad Mujahid Semsuddin ‘pergi’ sehari selepas insiden tersebut.

“Dalam kenangan. Kecoh komen tentang pemandu van. Malangnya.. pergimu mengadap yang Maha Pencipta secara tiba-tiba,” tulisnya yang turut memuat naik tangkap layar laporan berita mengenai kejadian terbabit.

Dalam hantaran sama, dia turut menitipkan doa agar Allahyarham diampunkan segala dosa, dikurniakan rahmat serta ditempatkan dalam kalangan penghuni syurga.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, setakat ini tiada kenyataan rasmi daripada pihak polis berhubung khabar duka itu.

Terdahulu, dalam video tular kejadian itu, suspek yang bersenjatakan pistol gagal melarikan RM82,000 selepas petugas syarikat keselamatan bertindak pantas menutup pintu van ketika proses pemindahan wang tunai sedang dilakukan.

Bagaimanapun, suspek sempat merampas sepucuk senjata api jenis pump gun milik petugas keselamatan sebelum melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal.

Justeru, polis sedang menyiasat sekiranya wujud penglibatan orang dalam sekali gus melakukan sekatan jalan raya di sekitar Klang bagi mengesan suspek yang terlibat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: TikTok @deenadurrah, Kosmo! Online (Mohd Yunus Yakkub)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd