Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Harga Tiket F1 Bawah RM100? Tak Mungkin! SIC Masih Berunding, Keputusan Akhir Di Tangan Bahrain

Harga tiket bagi perlumbaan Formula 1 (F1) Gulf Air Bahrain Grand Prix yang bakal berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 2 hingga 4 Oktober ini akan ditentukan oleh pihak Bahrain, kata Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif.

Beliau berkata, Bahrain menanggung bayaran hak penganjuran F1 bagi perlumbaan berkenaan dan berdasarkan rundingan awal, hasil jualan tiket akan disalurkan kepada negara itu.

Justeru, keputusan berkaitan harga tiket adalah tertakluk kepada pihak Bahrain International Circuit (BIC), walaupun rundingan lanjut masih berlangsung antara kedua-dua pihak.

“Apa yang saya faham daripada perbincangan awal ialah semua hasil jualan tiket akan dikembalikan kepada Bahrain. Jadi kita tidak mempunyai kuasa mutlak. Saya tahu ramai netizen mahukan tiket murah atau ‘Tiket Rahmah/MADANI’.
“Saya akan cuba sedaya upaya untuk mendapatkan harga khas, mungkin harga khas MyKad, tetapi keputusan akhir berada di tangan Bahrain,” katanya pada sidang media di SIC, hari ini.

Menurut Azhan Shafriman, rundingan ketika ini masih tertumpu kepada aspek operasi dan belum memasuki fasa komersial membabitkan penjualan tiket, pakej hospitaliti serta jualan berkaitan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata, pasukan dari Bahrain dijangka tiba di Malaysia minggu depan bagi mengadakan rundingan secara bersemuka yang dijangka memberi gambaran lebih jelas mengenai urusan tiket, hospitaliti dan perkara komersial lain.

“Pasukan mereka akan datang ke sini secara fizikal minggu depan, jadi kita akan mendapat lebih banyak kejelasan. Minggu ini, kita masih mengadakan mesyuarat secara dalam talian,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan penjualan tiket dijangka dibuka pada minggu pertama Ogos atau lebih awal daripada tarikh tersebut.

“Saya harap saya dapat memberikan lebih banyak butiran dalam beberapa hari akan datang dan semoga kita dapat mengumumkan jualan tiket secepat mungkin,”ujar beliau.

Sebelum ini, F1 pada 26 Julai mengesahkan Malaysia sebagai tuan rumah F1 Gulf Air Bahrain Grand Prix selepas perjanjian dimeterai antara F1, Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) serta kerajaan Malaysia dan Bahrain.

Artikel lain: Kos Ditanggung Bahrain! Sepang Dijangka Jadi Tuan Rumah F1 Oktober Ini

Perjanjian itu membolehkan Bahrain Grand Prix kekal dalam kalendar F1 2026 selepas perlumbaan berkenaan dibatalkan pada awal musim susulan ketegangan geopolitik di Asia Barat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malaysia sebelum ini pernah menjadi tuan rumah Malaysian Grand Prix di Sepang dari 1999 hingga 2017 sebelum perlumbaan itu digugurkan daripada kalendar F1.

Sumber: tarmacsportsmyThe Edge Malaysia

Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd