Connect with us

Infozon

Pawagan Mula Dibuka Esok, Penonton Kena Duduk Jarak Termasuk ‘Couple’ – GSC

Selepas beberapa bulan tidak menonton filem melalui paparan skrin besar, mesti ramai yang teruja untuk ke panggung wayang setelah dibenarkan dibuka semula mulai esok 1 Julai.

Tapi kalau korang datang bersama ahli keluarga, rakan baik atau kekasih hati, tiada lagi momen ‘sweet’ duduk berselahan antara satu sama lain dan perlu penjarakan sosial di dalam dewan tersebut.

Itu adalah prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan oleh Golden Screen Cinemas (GSC) yang memberi peringatan kepada penonton melalui sebuah posting di laman Facebook rasmi mereka.

“Saya datang dengan teman wanita/teman lelaki, tak boleh duduk bersama? Saya datang dengan rakan saya, boleh duduk bersama? Dari rumah yang sama, tak boleh? Boleh duduk atas peha?
“HELLO. TAK BOLEH,” Tulis kapsyen posting berkenaan sehingga menerima 11,000 tanda suka dan lebih 5,000 perkongsian dalam kalangan netizen.

Warganet tidak ketinggalan memberikan pelbagai reaksi dan pendapat masing-masing dimana segelintir komen mengundang kelucuan terhadap pengguna Facebook lain.

Ini adalah impian saya! Terima kasih GSC

Tak kisah lah, asalkan ‘enjoy’ tengok filem

Akhirnya dah takde bunyi2 soalan & kanak2 menangis…

Sumber : GSC

Continue Reading
Advertisement

Trending