Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Paralimpik Paris 2024: Tekanan Punca Fareez Kehilangan Gangsa

Penampilan pertama Muhammad Fareez di Sukan Paralimpik Paris 2024 memberi aksi kurang memberangsangkan kerana terlampau memikirkan untuk merebut kemenangan dalam perlawanan penentuan pingat gangsa acara badminton perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal).

Foto: IG Paralympic Council Malaysia

Menurut laporan Bernama, Fareez berjaya menumpaskan Dheva Anrimusthi dari Indonesia 21-17 di set pertama namun kehilangan momentum apabila dikecewakan pihak lawannya 21-19, 21-12 di set kedua dan ketiga permainan seterusnya memberi peluang kepada pemain Indonesia itu membawa pulang pingat gangsa.

Atlet itu mengakui tekanan yang hebat menyebabkan dirinya tidak dapat menampilkan permainan yang memuaskan ketika berhadapan dengan atlet Indonesia itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: IG Paralympic Council Malaysia

“Apa yang membezakan antara saya dan Dheva adalah pengalaman lawan pernah beraksi di Tokyo 2020 dan paling penting saya tidak dapat mengawal diri.
“Saya memang agak keras kerana terlampau berharap (pingat gangsa) sehinggakan permainan saya serba tidak menjadi hari ini,” katanya.

Namun begitu, pemain berusia 28 tahun itu tetap bersyukur mendapat pengalaman berharga untuk beraksi dalam pertandingan di peringkat berprestij meskipun kecewa tidak berjaya meraih pingat untuk negara.

Foto: IG Paralympic Council Malaysia

Fareez berazam mengukuhkan daya ketahanan mentalnya dan tekad untuk kembali beraksi bagi merangkul pingat pada Sukan Paralimpik 2028 di Los Angeles.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, beliau memulakan permainan dengan mengalahkan Fang Jen-Yu dari Taiwan 21-14, 21-18 sebelum menewaskan Dheva 14-21, 21-19, 21-19 dan atlet Jepun, Taiyo Imai 17-21, 21-17, 21-17.

Sumber: Bernama (Amiril Muttaqien Meketar)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Pempengaruh media sosial, Nara Smith, mendedahkan anak perempuannya yang berusia dua tahun, Whimsey, disahkan menghidap kanser selepas menjalani beberapa siri pemeriksaan kesihatan pada penghujung...

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Bermula di sebuah gelanggang latihan sederhana di Hulu Selangor, minat seorang kanak-kanak terhadap seni bela diri kini membawanya melakar kejayaan di pentas dunia. Ketika...

Lokal

Seorang lelaki warga Indonesia ditemukan rentung dalam kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah dua tingkat di Kampung Bayu Permai, Beluran, hari ini. Ditemui rentung dalam...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd