Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Lelaki Pandu Audi A4 Angkut Bayam Merah Berniaga Di Pasar

Baru-baru ini, tular di media sosial video seorang lelaki yang juga merupakan influencer dari negara India yang memandu kereta jenis sedan mewah Audi A4 namun berniaga bayam di pasar.

Bawa Audi A4 jual bayam

Menerusi Instagram Variety Farmer, lelaki dikenali sebagau Sujith SP itu telah memang terkenal sebagai ‘Petani Versatil’ di media sosial telah menunjukkan video memetik bayam merah sebelum membawanya menggunakan Audi A4.

Difahamkan, kereta yang berharga 400,000 rupee iaitu kira-kira RM22,618 iru telah dipandu menuju ke pasar untuk berjualan bayam yang baru dipetik tersebut.

“Apabila memandu Audi dan pergi menjual bayam,” tulis Sujith dalam kapsyen video dimuat naiknya.
View this post on Instagram

Advertisement. Scroll to continue reading.

A post shared by variety farmer (sujith) (@variety_farmer)

Angkut bayam guna Audi A4

Dapat dilihat juga dia membentang tikar di pasar berkenaan sebelum menjual bayam yang dibawa menggunakan kereta mewah tersebut kepada pelanggan yang sudah menanti.

Selesai berjualan, dia telah kembali mengemas tapak perniagaannya dan berlalu pergi menggunakan kereta yang sama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

audi a4

Perkongsian tersebut telah mendapat jutaan tontonan di media sosial dan ribuan tanda suka diberikan ke atas posting tersebut.

Rata-rata warganet yang menonton konten berkenaan telah memuji apa yang dilakukan oleh lelaki tersebut sehingga membawa pulangan yang besar termasuklah mampu membeli kenderaan mewah.

View this post on Instagram

A post shared by variety farmer (sujith) (@variety_farmer)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Konten-konten yang dikongsikan di Instagram Variety Farmer banyak menceritakan kisahnya yang terlibat dalam dunia pertanian serta aktiviti harian termasuklah bersama masyarakat setempat.

Sumber: Instagram Variety Farmer

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Anak sulung bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, hanya 38 hari selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat barah hati...

Sosial

Percutian sekumpulan pelancong Malaysia ke Indonesia bertukar cemas apabila mereka didakwa tidak menjelaskan bayaran bil makanan di sebuah restoran popular di Jakarta, sebelum akhirnya...

Lokal

Luahan seorang saksi kejadian ,Norharizan Hassan, 48, memaklumkan dirinya tampil berani menutup kepala mangsa yang telah putus dalam kemalangan ngeri yang meragut nyawa seorang...

Lokal

Seorang remaja lelaki maut dalam keadaan tragis selepas dipercayai putus kepala dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di sini pada Selasa. Dalam kejadian kira-kira jam...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd