Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Bertahun Tangguh! Pak Cik Petai Syukur, Isteri Bakal Jalani Pembedahan Mata Percuma Di Hospital Swasta

Pak Cik Petai Syukur

Seorang lelaki warga emas dikenali Pak Cik Petai luah syukur apabila isteri tercinta bakal menjalani rawatan katarak bernila kira-kira RM4,000 pada 10 April ini.

Memetik laporan BH Online, Pak Cik Petai atau nama sebenar Mohd Noor Saad, 67, berkata, dia yang sememangnya susah dan tidak mampu untuk menyimpan wang buat pembedahan mata isterinya, Asiah Yaakob, 63, yang sepatutnya dibuat sejak enam tahun lalu.

Pak Cik Petai Syukur

Kongsinya, dia terpaksa menjaja sebagai salah satu ikhtiar mengumpul wang untuk menambung kos pembedahan mata isterinya.

Namun, dia kini mampu menghela nafas lega kerana hasrat itu akhirnya tercapai.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pak cik memang orang susah, kerja-kerja kampung sahaja. Pak cik pun ada penyakit darah tinggi, kencing manis tapi masih boleh la cari nafkah. Duit bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pun ada RM500. Itu sahaja la.
“Lama juga Pak Cik ni mengumpul duit tapi tak kesampaian, maklumlah (kos hidup hari ini). Jadi, pak cik gembira sangat bila ada yang nak menolong pak cik sekeluarga. Terima kasih pak cik ucapkan,” katanya.

Artikel lain: Pak Cik Petai Luah Syukur, Tak Sangka Dua Hospital Swasta Tawar Rawatan Mata Isteri

Dalam pada itu, dia menganggap insiden membabitkan beliau dengan anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) ketika menjaja petai sebagaimana tular baru-baru ini sebagai mempunyai hikmah tersendiri.

Sehubungan itu, beliau berterima kasih kepada pihak media serta beberapa hospital swasta yang sudi menawarkan bantuan untuk pembedahan mata isterinya secara percuma.

Sementara itu, Asiah ketika ditemui di Hospital Columbia Asia, di sini, hari ini berkata, dia telah dinasihatkan untuk menjalani pembedahan membuang katarak di kedua-dua belah mata enam tahun lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun, dia yang merupakan pemegang status penduduk tetap bertanya sama ada boleh menangguhkan pembedahan atau tidak kerana tidak mempunyai wang yang mencukupi.

“Mak cik tanya boleh tangguh tak sebab mak cik orang susah.
“Tak ada duit, mereka kata ada bahagian kebajikan membantu nanti, namun sebab status (penduduk tetap), jadi tak dapat la bantu semua,” kata Asiah.

Sebelum ini, media melaporkan banyak pihak, termasuk individu datang menghulurkan bantuan selepas kisah warga emas ini tular di media sosial pada 21 Mac lalu.

Sumber: BH Online (Ahmad Hasbi)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Sebuah penerbangan AirAsia dari Chongqing, China ke Kuala Lumpur tergendala lebih sejam selepas berlaku kekecohan melibatkan seorang penumpang wanita yang tidak berpuas hati dengan...

Nasional

Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) menegaskan kes penyelewengan dana zakat berjumlah kira-kira RM230 juta yang sedang disiasat pihak berkuasa tidak melibatkan institusi itu. Ketua...

Lokal

Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) memberi jaminan akan bekerjasama sepenuhnya dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan penahanan tiga anggotanya dalam siasatan berkaitan pengurusan dana...

Nasional

Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengambil tindakan segera menghentikan siaran siri animasi Cleopatra in Space yang didakwa mengandungi unsur berkaitan lesbian, gay, biseksual dan transgender...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd