Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Neymar Makin ‘Menggila’? Tuntut Lapan Kereta Mewah Daripada Pemilik Al-Hilal

Umum sedia maklum, bintang Brazil iaitu Neymar sah menjadi pemain untuk kelab Liga Pro Saudi Al Hilal selama dua tahun dengan bayaran yang cukup lumayan.

Malah, dia dilaporkan menerima bayaran sehingga  60 juta euro (RM807 juta) dimana £2.5 juta (RM14.60 juta) untuk seminggu telah berjaya menarik perhatian ramai.

Malah, baru-baru ini, Neymar sekali lagi membuat kejutan apabila dia menuntut pemilik Al-Hilal memberikan tiga kereta mewah untuk dirinya dan empat Mercedes G Wagon untuk pengiringnya serta sebuah van Mercedes dengan seorang pemandu.

View this post on Instagram

Advertisement. Scroll to continue reading.

A post shared by NJ 🇧🇷 (@neymarjr)

Bukan itu sahaja, bekas pemain Barcelona itu meminta pemandunya sentiasa bersedia pada setiap hari dalam apa jua keadaan ketika dia memerlukan khidmatnya.

Kereta mewah itu termasuk Bentley Continental GP, Aston Martin DBX dan Lamborghini Huracan, yang akan menelan kos kira-kira £510,000 (RM3 juta) jika digabungkan kesemuanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk kediamannya pula, dia meminta agar peti aisnya sentiasa dipenuhi  sepanjang masa dengan minuman jus Acai daripada jenama kegemarannya selain minuman Guarana untuk rakan dan keluarganya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bahkan, pemain bola sepak yang berusia 31 tahun itu turut meminta tiga sauna dibina dalam rumah dengan pakej lima pekerja sepenuh masa termasuk cef sos bagi membantu cef peribadinya dari Brazil serta dua orang bagi kerja pembersihan.

Akhir sekali, pemilik Al-Hilal perlu menanggung kos penginapan di hotel, restoran dan bandar yang mungkin dilawatinya pada hari tiada perlawanan.

Sumber: Harian Metro 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Majlis persandingan seharusnya menjadi yang ekslusif buat pasangan pengantin bagi meraikan hari bahagia dan tumpuan sepatutnya hanya diberikan kepada mereka. Namun begitu, lain pula...

Sukan

Baru-baru ini, tular di media sosial memaparkan seorang pelajar Orang Asli berusia 12 tahun, Sa’ap Baharom telah ditawarkan untuk menyertai pusat latihan elit bola...

Spotlight

Baru-baru ini, selebriti Indonesia, Lucinta Luna mendakwa dia kini sudah hamil anak kepada tunangnya, Arten Boltian atau Alan telah berjaya menarik perhatian ramai. Bagaimanapun,...

Filem

Umum sedia maklum, filem Jawan yang dibintangi oleh aktor terkenal, Shah Rukh Khan sudah mula ditayangkan di seluruh pawagam pada 7 September lalu. Malah,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM.