Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Musim Tengkujuh Dijangka Bermula Sabtu Ini Hingga Mac 2024

tengkujuh

Monsun Timur Laut (musim tengkujuh) dijangka bermula pada 11 November iaitu Sabtu in sehingga Mac tahun hadapan, menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).

Ketua Pengarah METMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah berkata, berkemungkinan Monsun Timur Laut itu membawa empat hingga enam episod hujan lebat sepanjang tempoh berkenaan.

Menurutnya, beberapa negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan barat Sarawak akan berdepan dengan fasa awal iaitu pada November ini hingga Januari depan.

“Namun, sekiranya luruan monsun yang berlaku adalah kuat dan pada masa sama wujud sistem cuaca tekanan rendah, hujan lebat boleh berterusan berlaku di negeri-negeri lain di Malaysia,”menurut kenyataan.

musim tengkujuh

Artikel lain: Hujan Lebat, Kegagalan Cerun Punca Berlakunya Tragedi Batang Kali

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sekiranya hujan lebat berterusan berlaku secara serentak dengan kejadian air pasang besar dan luruan ribut, risiko banjir boleh menjadi lebih ekstrem.
“Selain itu, tiupan angin timur laut secara berterusan dan kencang boleh menyebabkan laut bergelora, risiko kenaikan paras laut dan ombak besar di perairan Laut China Selatan,”katanya lagi.

Muhammad Helmi berkata, pada fasa akhir Monsun Timur Laut dijangka berlaku pada Februari hingga Mac 2024. Ia melibatkan kawasan utara Semenanjung iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu dan juga Sabah, Labuan serta utara Sarawak akan mengalami kurang hujan.

Keadaan cuaca panas dan kering dijangka bermula pada Mac 2024 berpotensi menyebabkan berlakunya gelombang haba.

Ujarnya, situasi berkenaan berlaku berikutan fenomena El Nino yang dijangka berterusan sehingga pertengahan 2024 dan Indian Ocean Dipole (IOD) positif pula dijangka sehingga suku pertama tahun depan.

Orang ramai dinasihatkan supaya bersiap sedia menghadapi musim tengkujuh serta sentiasa peka dengan maklumat, nasihan, ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan pihaknya.

Sumber: FB Malaysian Meteorological Department

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Baru-baru ini, tular di media sosial memaparkan seorang penunggang motosikal atau rider berkuasa tinggi dari Indonesia dipercayai enggan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan ketika...

Lokal

Komandan Maktab Ketahanan Nasional (MKN), Datuk Johnny Lim Eng Seng mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi individu berbangsa Cina pertama yang dinaikkan pangkat ke Leftenan...

Sosial

Pengorbanan seorang bapa dalam sebuah keluarga tidak ternilai jasanya kerana sanggup melakukan apa sahaja demi melihat orang yang disayangi tersenyum gembira. Anak sebak, bapa...

Dunia

Seorang pelancong Brazil terjatuh ke dalam lubang sebuah gunung berapi aktif di Pulau Lambok, Indonesia sebelum kerja menyelamat selama tiga hari dihalang oleh cuaca...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd