Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Hujan Lebat, Kegagalan Cerun Punca Berlakunya Tragedi Batang Kali

Batangkali

Tragedi tanah runtuh di Batang Kali, Selangor yang mengorbankan 31 nyawa pada Disember tahun lalu berpunca daripada hujan lebat sehingga menyebabkan kegagalan cerun.

Tragedi Batang Kali berlaku sebab hujan lebat, kegagalan cerun

Perkara itu diperakui menerusi Laporan Siasatan Berkaitan Tragedi Tanah Runtuh di Batang Kali yang dibentangkan pada Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) Bilangan 2, hari ini.

Menurut kenyataan, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kegagalan cerun telah menyebabkan tapak perkhemahan meliputi Kawasan Hill View, Farm View dan River Side tertimbus dengan sisa runtuhan tanah.

Ia sekali gus telah menyebabkan kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Hasil analisis forensik mendapati kejadian hujan (Rainfall Event) merupakan faktor pencetus utama akibat daripada kombinasi jumlah hujan major (Major Rainfall Kumulatif) bagi tempoh 5 hari dan hujan Anteseden (Anteseden Rainfall) kumulatif 30 hari dikesan sebelum runtuhan berlaku yang mana masing-masing 118.6mm dan 444.8mm,” menurut kenyataan.

Batang kali

Bagaimanapun, hasil siastaan tidak menemui bukti kukuh yang menunjukkan aktiviti antropogenik sebagai salah satu faktor penyumbang kepada kejadian tanah runtuh itu.

Orang ramai juga boleh mendapatkan laporan penuh melalui laman sesawang NADMA, https://www.nadma.gov.my, mulai 10.00 pagi tadi.

Sebelum ini, jawatankuasa khas, Jawatankuasa Kumpulan Kerja Tanah Runtuh (JKKTR) ditubuhkan bagi menjalankan kerja-kerja penyiasatan tanah runtuh berdasarkan kepada Pelan Induk 2023 dan keputusan Jemaah Menteri.

Ia diketuai oleh Cawangan Kejuteraan Cerun, Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia, serta agensi-agensi teknikal lain seperti Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ini termasuklah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan badan-badan professional yang dilantik.

Ahmad Zahid berkata, kerajaan Selangor bersetuju untuk menyahklasifikan laporan tersebut pada 5 Oktober 2023 dan laporan berkenaan telah diserahkan kepada NADMA pada 12 Oktober 2023 untuk tindakan lanjut.

+ posts

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Setelah hampir enam bulan mendiamkan diri, pasangan pengantin kini terbuka untuk menceritakan bagaimana kebakaran boleh berlaku sewaktu majlis perkahwinan mereka sehingga mengorbankan lebih 100...

Sosial

Tular satu video memaparkan seorang lelaki warga asing dari Bangladesh yang selamba jual burger Ramly di tepi jalan sehingga menyebabkan netizen Malaysia berang. Menerusi...

Filem

Filem aksi heist yang dinantikan tahun ini, The Experts bersedia untuk temui penonton bermula 23 Mei depan di pawagam seluruh negara, terbitan oleh penerbit...

Lokal

Seorang pekerja bengkel maut selepas tayar jentolak yang sedang diisi angin di sebuah pusat servis tayar di Bandar Baru Sungai Buloh, Sungai Buloh tiba-tiba...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd