Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Montaj Tourism Malaysia: Elemen Seni Bina Masjid Ada Dalam Video Lebih Terperinci – Tiong

Video montaj Tourism Malaysia yang mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026) yang dikritik selepas tidak mempamerkan elemen masjid sebelum ini hanya video pelancaran ringkas dan pendek dengan durasi 41 saat.

Memetik laporan MalaysiaGazette, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Tiong King Sing berkata elemen seni bina masjid akan dimasukkan dalam video promosi tersebut dengan lebih terperinci dalam masa terdekat.

Tiong Perjelas Isu Video Montaj Tourism Malaysia 2026

Foto: FMT

Video ini hanya sebuah video pelancaran ringkas dan pendek dengan durasi 41 saat. Fokus utama kami adalah untuk menampilkan keunikan Malaysia secara inklusif, dan saya berharap semua pihak memahami video pelancaran seperti ini sememangnya tidak boleh terlalu panjang atau terperinci.
“Malaysia mempunyai pelbagai keindahan dan keunikan di negara ini termasuk seni bina masjid yang memukau. Untuk itu, elemen-elemen berkenaan telah dimasukkan dalam video promosi yang lebih terperinci serta memaparkan setiap elemen dengan lebih khusus, video ini dalam proses peringkat akhir dan akan dikeluarkan dalam masa terdekat,” katanya pada Rabu.

Foto: Facebook Tourism Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tiong berkata, elemen lain yang menonjolkan seni, budaya dan daya tarikan pelancongan Malaysia secara menyeluruh akan disertakan dalam video itu seperti silat, Tarian Ngajat dan Tarian Sumazau yang melambangkan keindahan budaya dan semangat perpaduan.

Beliau amat kesal terhadap tindakan segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab dalam memanipulasi isu ini sebagai sentimen agama dan perkauman serta menjadikannya sebagai bahan perpecahan.

Foto: Facebook Firdaus Wong Wai Hung

Tiong juga berpendapat bahawa sikap golongan seperti ini sebenarnya mencabar keharmonian sosial di negara ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya juga amat menentang tindakan segelintir pihak yang memutarbelitkan usaha kami sebagai satu agenda yang bercanggah dengan semangat Malaysia MADANI. Sepatutnya, semua mengutamakan perpaduan, hormat-menghormati dan kesejahteraan bersama.
“Kami sentiasa berusaha melakukan yang terbaik untuk negara. Saya berharap semua pihak dapat memahami fokus utama adalah untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia, dan mengukuhkan ekonomi negara melalui sektor pelancongan, seni dan budaya.
“Saya menyeru kepada semua pihak tanpa mengira bangsa, agama atau latar belakang, agar tidak mempolitikkan isu ini atau menjadikannya sebagai isu agama atau perkauman,” jelasnya dengan nada kesal.

Foto: Facebook Tourism Malaysia

Artikel lanjut: Tourism Malaysia Lancar Pakej Minat Khas Houseboat 2023/2024

Terdahulu, menerusi Facebook rasmi Tourism Malaysia, video pelancaran tersebut memaparkan beberapa destinasi tumpuan pelancong antaranya Jalan Petaling dan Pasar Seni di Kuala Lumpur, Gua Mulu (Sarawak), Skywalk Langkawi (Kedah), Batu Caves (Selangor) dan gereja lama di Melaka.

Sumber: MalaysiaGazette

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Leslywan Gemmy

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Sebuah tragedi membabitkan kematian kanak-kanak berusia empat tahun berlaku apabila ibu bapanya, Aidil Zacky Rahman (AZR) dan Sinta Dewi (SD) bunuh anak sendiri selepas...

Bisnes

Gergasi media sosial, Meta rancang untuk buang dan ganti kira-kira lima peratus pekerja yang mencatatkan prestasi buruk pada tahun ini dan berita ini telah...

Lokal

Anak kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi, iaitu Datuk Nurul Hidayah didakwa dilantik sebagai lembaga pengarah di Universiti Putra Malaysia (UPM)....

Lokal

Polis telah mengesahkan kesahihan sijil perkahwinan anak seorang menteri Kabinet yang berkahwin di negara jiran pada September tahun lalu. Foto: Sinar Harian Menurut laporan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd