Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Mesir Tidak Mahu Terima Pelarian Palestin

Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry memaklumkan negaranya tidak mahu terima pelarian Palestin namun, sentiasa bersedia melayan mereka dengan penuh kemanusiaan.

“Bukan hasrat kami untuk menyediakan kawasan selamat atau kemudahan lain, tetapi jika wujud sebarang keperluan, kita akan tangani dengan perikemanusiaan yang diperlukan,” katanya pada pemberita di Persidangan Keselamatan Munich, Jerman.

Difahamkan, Mesir kini sedang menyediakan kawasan berdekatan sempadan Gaza bagi menempatkan pelarian Palestin jika Israel melakukan serangan Rafah, sekali gus memaksa mereka melintasi sempadan.

Mesir tidak mahu terima pelarian Palestin

Artikel lain: Kurangkan Perpecahan Ekonomi Global, APEC Tidak Boleh Goyah – Tengku Zafrul

Bukan itu sahaja, Media Amerika Syarikat (AS) dan badan pemantau hak asasi Mesir mendakwa tembok  tujuh meter sedang dibina di Semenanjung Sinai bagi menempatkan rakyat Palestin dari Semenanjung Gaza yang kehilangan tempat tinggal.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pun begitu, Mesir menafikan khabar angin tersebut dimana sudah lebih empat bulan Israel mahu menghapuskan Hamas malah, sedia melakukan serangan ke atas Rafah yang menjadi tempat perlindungan buat rakyat Palestin.

The Wall Street Journal melaporkan, ‘kawasan bertembok’ seluas 21 kilometer persegi sedang dalam pembinaan di sebelah sempadan Mesir.

Pembangunan itu dikatakan adalah sebahagian daripada pelan kontingensi jika rundingan gencatan senjata di Kaherah gagal dan ia boleh menampung lebih 100,000 orang.

Bagaimanapun, Shoukry menafikannya dengan berkata semua itu hanya andaian dan menjelaskan mereka sebenarnya hanya menaik taraf infrastruktur di sempadan, yang tiada kaitan dengan pelarian Palestin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, Gabenor Sinai Utara, Mohamed Shousha, berkata pembinaan yang dimaksudkan itu adalah projek pihak tentera membina zon logistik bagi menerima penghantaran bantuan untuk Gaza.

“Tapak itu terletak di atas runtuhan rumah penduduk Mesir yang dirobohkan semasa perang negara itu menentang pemberontak Islam di utara Sinai sedekad lalu.
“Kerja pembinaan sekarang adalah untuk menilai kemusnahan rumah ketika pergolakan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, bagi tujuan membayar pampasan sewajarnya kepada pemilik sebelum kawasan itu dibangunkan.
“Ia termasuk kawasan meletak trak, gudang, pejabat pentadbiran dan penginapan untuk pemandu,” katanya.

Mesir sudah berulang kali memberi amaran mengenai pencerobohan pelarian Palestin memasuki Sinai jika Israel menyerang Rafah, yang Kaherah tegaskan sama sekali tidak dapat diterima, seperti mana amaran diberi oleh negara Arab lain termasuk Jordan.

Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi berkata, jika itu berlaku ia boleh menjejaskan perjanjian damai yang ditandatangani Mesir dengan Israel pada 1979.

Sementara itu, Menteri Pertahanan Yoav Gallant kelmarin berkata, Israel tidak berniat untuk memindahkan orang awam Palestin ke Mesir kerana menghormati perjanjian damai negara itu dengan Mesir.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Reuters

+ posts

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Sebanyak RM35.84 juta peruntukan telah diluluskan kepada 1,791 Ketua Isi Rumah (KIR) seluruh negara bagi tahun 2024 untuk meningkatkan kualiti hidup kumpulan miskin bandar...

Lokal

Polis mengesahkan menerima laporan mengenai insiden kekecohan yang berlaku semasa upacara pengebumian Pegawai Pemerintah Skuadron 503 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Allahyarham Komander Muhammad...

Lokal

Ratu cantik Malaysia berjaya menawan Puncak Mera di tengah-tengah Banjaran Himalaya, Nepal sehingga kehilangan jari akibat luka beku. Memetik laporan Bernama, Datin Harveen Kaur...

Lokal

Polis tidak menolak kemungkinan beberapa lagi laporan polis akan dibuat oleh mangsa lain selepas seorang guru agama dicekup dipercayai meliwat tiga pelajar lelaki di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd