Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

MAIS Larang Pengajar Agama Bertauliah Pegang Jawatan Dalam Politik

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) kini melarang mana-mana pengajar agama bertauliah daripada memegang jawatan dalam parti politik, selaras dengan peraturan baharu yang diumumkan kerajaan negeri.

Pengajar agama bertauliah dilarang pegang jawatan politik, elak jadi medan sebar kebencian

Menerusi satu kenyataan media, Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi, Dr. Mohammad Fahmi Ngah menyatakan larangan itu penting bagi memastikan institusi masjid kekal bebas daripada unsur politik kepartian dan tidak dijadikan medan untuk menyebar kebencian terhadap kerajaan.

“Suka saya ingatkan semula bahawa di bawah Peraturan 14(1); Peraturan-peraturan Tauliah Bagi Pengajaran Agama Islam (Selangor) 2024, menetapkan syarat kelayakan para pemegang tauliah sebagai beragama Islam mengikut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah, bermastautin di Selangor, tidak memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana parti politik dan bukan anggota Dewan Negara, Dewan Rakyat atau Dewan Negeri,” katanya.

Kerajaan masih terima aduan pengajar agama salah guna platform

Menurut beliau, pihak kerajaan negeri masih menerima aduan mengenai pengajar bertauliah yang menyalahgunakan platform ceramah dengan menyentuh isu politik dan perkara sensitif yang boleh mencetuskan permusuhan.

“Saya tegaskan semula kepada para pendakwah agama yang berhasrat untuk menyampaikan ilmu dan berdakwah di masjid dan surau atau mana-mana tempat lain dalam negeri ini agar terus komited untuk berakhlak mulia serta menjauhkan diri daripada politik kepartian,” ujarnya.

MAIS tak teragak tarik balik tauliah

Dalam masa sama, Dr. Fahmi menegaskan MAIS tidak akan teragak-agak menggantung atau menarik balik tauliah mengajar jika terdapat aduan berasas yang dibuktikan benar.

“Mereka yang tidak bersedia untuk memberikan komitmen itu disarankan agar tidak memohon tauliah di negeri ini. Tauliah MAIS adalah suatu tanggungjawab, bukan suatu kelebihan yang boleh diguna pakai sesuka hati,” jelasnya.

pengajar agama

Artikel lain: Zakir Naik Ada Tauliah Rasmi Mengajar Agama Di Perlis Dari MAIPS

Advertisement. Scroll to continue reading.

Orang awam yang mempunyai maklumat tentang sebarang pelanggaran berkaitan turut digalakkan membuat aduan terus ke Hotline JAIS 1800-88-2424.

Sumber: Facebook Dr Fahmi Ngah

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Peserta rancangan MasterChef: Global Gauntlet, Jaime Tan, 27, tampil membuat permohonan maaf selepas hidangan ikonik Malaysia, roti canai, yang dipersembahkan beliau di pentas MasterChef...

Lokal

Bangunan seakan ‘flat’ dan perkampungan warga asing di Sungai Tekali yang tular di media sosial serta dikaitkan dengan komuniti Rohingya akan dirobohkan mengikut tindakan...

Dunia

Aktivis Rohingya, Noor Azizah memuat naik satu hantaran di Instagram sempena kempen #Black4Rohingya yang menyeru orang ramai memakai pakaian hitam sebagai tanda solidariti terhadap...

Nasional

Kecemerlangan dalam pendidikan bukan sekadar menjadi kebanggaan keluarga, malah mencerminkan komitmen, disiplin dan daya juang tinggi yang diterapkan dalam kalangan anak-anak warga Kementerian Pertahanan....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd