Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Kurangkan Perpecahan Ekonomi Global, APEC Tidak Boleh Goyah – Tengku Zafrul

Bagi memastikan perpecahan ekonomi global dapat dikurangkan, Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) tidak boleh goyah dalam menyokong pasaran terbuka dan kerjasama ekonomi.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata faedah perjanjian perdagangan pelbagai hala perlu dipertingatkan lagi.

“Sebagai contoh faedah ini dihasilkan daripada Kawasan Perdagangan Bebas Asean (AFTA), Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dan Kawasan Perdagangan Bebas Asia-Pasifik (FTAAP),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam gala Majlis Penasihat Perniagaan APEC (ABAC) pada Khamis.

Tengku Zafrul juga berkata, kelemahan yang tercetus daripada pandemik Covid-19 serta ketegangan geopolitik berpanjangan menyebabkan berlakunya gangguan rantaian bekalan global dan lonjakan kos barangan dan logistik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Salah satu kaedah untuk mengharungi gangguan ini adalah dengan mendepaninya bersama-sama. Oleh itu, inisiatif pelbagai hala seperti APEC adalah penting untuk membolehkan usaha kolektif dan berterusan dilakukan.
“Sehubungan itu, saya gembira apabila ABAC Peru memfokuskan rancangan tahun ini pada penyepaduan ekonomi serantau, pembangunan manusia dan kemampanan.
“Tonggak yang difokuskan ini menjadi kunci untuk mengemudi rantau Asia Pasifik dengan memupuk daya tahan ekonomi melalui integrasi.
“Selain itu, ia juga memperkasakan tenaga kerja mahir dan inklusif dan mengalakkan amalam mampan dalam memastikan daya maju jangka panjang dan daya saing global,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata berkata bahawa APEC mempunyai signifikan tersendiri buat negara yang mana ia menjadi tonggak asas bagi pembentukan strategi ekonomi Malaysia.

“Ia berfungsi sebagai tonggak asas strategi ekonomi kami, membimbing penggubalan dasar negara sejajar dengan aspirasi kolektif rantau ini,” katanya.

Sementara itu, mesyuarat selama tiga hari itu tidak akan dibesar-besarkan kerana ia merupakan tanda permulaan rasmi bagi pelan kerja 2024.

Ia merupakan pelan hala tuju penting yang akan berakhir dengan cadangan yang bakal dibentangkan kepada pemimpin-pemimpin Ekonomi APEC pada akhir tahun nanti.

“Cadangan-cadangan ini akan memainkan peranan penting dalam membimbing penggubalan dasar untuk menangani kesan meluas yang berpunca daripada cabaran ekonomi dan geopolitik yang menjejaskan rantau Asia Pasifik secara berterusan,” jelasnya.
Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang dipenjara 18 tahun dalam pertuduhan menyebabkan kematian tanpa niat Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain...

Spotlight

Pelakon Jennifer Coppen titip ucapan terima kasih kepada semua orang yang hadir ke acara menabur abu mayat suaminya, Yitta Dali Wasink di Pantai Lembeng,...

Nasional

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menggesa semua pihak menghentikan penyebaran poster atau perkara tidak rasmi berkaitan atlet negara di media sosial yang akan...

Bisnes

Platform e-dagang terbesar di Asia Tenggara, Shopee Pte Ltd (Shopee) mengumumkan akan menyemak semula yuran transaksi untuk penjual daripada 2.0 peratus kepada 3.5 peratus...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd