Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Mayat Ditemui Dalam Semak, Remaja Usia 15 Tahun Disyaki Dibunuh

Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun meninggal dunia disyaki menjadi mangsa bunuh di kawasan setinggan Kampung Forest, Sandakan, hari ini.

Menurut laporan BH Online, mayat mangsa ditemui orang ramai alam kawasan semak dan berlumpur kira-kira jam 10 pagi sebelum melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, siasatan awal mendapati mangsa mati dibunuh dan mayat dibawa ke Bilik Mayat Hospital Duchess of Kent Sandakan bagi proses bedah siasat.

“Susulan itu, pada jam 12.30 tengah hari tadi polis menahan seorang lelaki warganegara asing berusia 22 tahun berhampiran lokasi kejadian.
“Siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, beliau juga menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian supaya menghubungi polis bagi membantu siasatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

https://www.facebook.com/astroawani/videos/1678694355920521/

Sumber: BH Online (Hazsyah Abdul Rahman), Facebook Astro Awani

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki mendakwa seorang pemandu bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar dia dan rakan-rakannya yang sedang menunggang basikal dalam satu kejadian di...

Sosial

“Orang meniaga ini ada dua jenis. Satu nak kaya, satu lagi cuma nak sambung kehidupan. Kami yang kedua. Janji dapat teruskan hidup.” Itu luahan...

Lokal

Rapid Bus sedang menjalankan siasatan berhubung insiden yang membabitkan sebuah bas perantara Aliran Transit Massa (MRT) dengan sekumpulan penunggang basikal yang tular di media...

Sosial

Penunggang basikal yang mendakwa hampir dirempuh oleh sebuah bas RapidKL dalam satu insiden di Bestari Jaya, pada Ahad lalu tampil berkongsi perkembangan terbaru berhubung...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd