Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Majalah New York Times Paksa Penulis Letak Jawatan, Langgar Polisi Sokong Palestin

Penulis Majalah New York Times, Jazmine Hughes dilaporkan telah meletakkan jawatan selepas dipaksa kerana menandatangani surat menyokong Palestin.

Hughes yang juga penulis pemenang anugerah meletakkan jawatan jawatan tersebut disebabkan telah melanggar polisi ‘dasar edtorial’ New York Times.

Dia meletakkan jawatan daripada majalah itu pada Jumaat selepas menandatangani surat menyatakan sokongan kepada rakyat Palestin. Malah, membantah pengepungan Israel ke atas Gaza.

Berita peletakkan jawatan Hughes itu dimumkan oleh editor Majalah New York Times, Jake Silverstein, menerusi email kepada kakitangan pada petang Jumaat.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Walaupun saya menghormati bahawa dia mempunyai keyakinan yang kuat, ini jelas melanggar dasar NYT mengenai bantahan awam,”kata Silverstein.

sokong Palestin

Tambahnya, dasar ini perlu dipatuhi kerana ia adalah perkara penting sebagai tanda sokongan pihak mereka terhadap kemerdekaan.

Petisyen yang ditandatangani Hughes mengenai perang Israel-Hamas telah diterbitkan dalam talian minggu lalu oleh kumpulan yang dipanggil Writers Against the War on Gaza.

Sebelum ini, penulis penyumbang majalah tersebut Jamie Keiles menyatakan dia tidak akan lagi menyumbang penulisan kepada penerbitan.

Dia berkata di platform media sosial X bahawa ia adalah “keputusan peribadi tentang jenis kerja yang saya mahu lakukan.”

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Anadolu Ajansı, NYT 

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki mendakwa seorang pemandu bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar dia dan rakan-rakannya yang sedang menunggang basikal dalam satu kejadian di...

Sukan

Bekas penjaga gol legenda Pulau Pinang, Firos Mohamed, 53, meninggal dunia selepas rebah ketika beraksi dalam perlawanan empat penjuru Piala Dr Zambry Abd Kadir...

Sosial

“Orang meniaga ini ada dua jenis. Satu nak kaya, satu lagi cuma nak sambung kehidupan. Kami yang kedua. Janji dapat teruskan hidup.” Itu luahan...

Lokal

Rapid Bus sedang menjalankan siasatan berhubung insiden yang membabitkan sebuah bas perantara Aliran Transit Massa (MRT) dengan sekumpulan penunggang basikal yang tular di media...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd