Connect with us

Hi, what are you looking for?

Filem

Lebih 42 Tahun Dalam Industri, Donnie Yen Tampil Dengan Filem The Prosecutor

Bintang lagenda Hong Kong, Donnie Yen tampil ke layar perak dengan filem terbaharunya berjudul The Prosecutor.

Donnie Yen tampil dengan Filem The Prosecutor

Donnie Yen

Menerusi satu kenyataan, Donnie berkata filem yang diinspirasikan daripada kisah benar itu memerlukan beberapa bulan pengkajian mendalam untuk dirinya membina watak dengan tepat.

“Saya faham bahawa penonton sering kali mencari genre aksi yang lain dalam filem saya. Namun, cabaran sebenar adalah bagaimana cara menggabungkan elemen aksi komersial dengan naratif yang membawa makna besar dalam karya filem itu,” katanya.

Donnie Yen

Bintang berusia 61 tahun itu ditemu bual pada sidang media majlis gala filem The Prosecuter secara dalam talian di Hong Kong, baru-baru ini.

Artikel lain: Raih Box Office, Filem Babah Kutip RM2 Juta Selepas Lima Hari Tayangan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Donnie bertindak sebagai pengarah, penerbit dan pelakon utama dalam projek yang mengambil masa satu setengah tahun untuk disiapkan.

“Kehadiran saya bukan hanya di hadapan kamera, saya juga terlibat secara langsung dalam setiap aspek produksi,” ujarnya.

Walaupun sudah lebih 42 tahun dalam industri perfileman, Donnie masih menunjukkan bahawa usia bukan penghalang untuk terus beraksi dengan cemerlang.

Donnie Yen

Filem The Prosecuter mengisahkan seorang lelaki muda miskin yang dituduh secara tidak adil atas kesalahan pengedaran dadah selepas diperdaya.

Selain Donnie, filem itu turut menampilkan 20 pelakon berbakat antaranya Julian Cheung, Michael Hui, Francis Ng, Pak Hon Chu dan Kent Cheng.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Dengan pasukan yang hebat ini, saya yakin kami mempunyai potensi untuk meraih kejayaan besar. Saya berharap penonton akan merasai kesungguhan dan usaha yang telah kami curahkan dalam menghasilkan The Prosecutor.
“Saya tidak sabar menantikan respons semua orang. Saya berharap The Prosecutor dapat memberi inspirasi dan menghiburkan penonton dengan cara yang berbeza,” jelasnya.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tiga beranak ditemukan meninggal dunia dalam rumah mereka di Kampung Belau, Merbok, Sungai Petani tengah malam tadi, lapor BH Online. Ketiga-tiga mereka ialah pasangan...

Lokal

Trend menyewa kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah untuk pulang beraya semakin mendapat sambutan, apabila kebanyakan syarikat sewa kereta melaporkan semua unit mereka habis ditempah....

Sosial

Tindakan seorang remaja lelaki yang setia menjaga kedua ibu bapanya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) menyentuh hati ramai selepas kisah mereka dikongsikan oleh...

Lokal

Kemarau berpanjangan serta cuaca panas melampau bukan sahaja menjejaskan sumber bekalan air, malah turut memberi impak langsung terhadap pengeluaran padi yang dijangka menyusut sehingga...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd