Connect with us

Hi, what are you looking for?

Filem

Raih Box Office, Filem Babah Kutip RM2 Juta Selepas Lima Hari Tayangan

Filem genre keluarga, Babah terbitan Nads Media Entertainment catat box office dan berjaya kutip sebanyak RM2 juta pada hari kelima tayangannya di seluruh negara.

Memetik laporan Harian Metro, penulis skripnya, Wan Rafiq berkata sambutan memberangsangkan itu sangat positif dan mengujakan mereka.

Babah kutip RM2 Juta selepas lima hari tayangan

Babah Kutip RM2 Juta

“Tema hubungan kasih sayang antara ayah dan anak perempuan jarang sekali dijadikan fokus utama dalam filem tempatan.
“Jadi apa yang ditampilkan sememangnya menyentuh hati penonton filem tanah air. Babah tampilkan kelainan kerana perhubungan kasih sayang di antara ayah dan anak perempuan adalah unik serta jarang diangkat. 
“Kami amat berterima kasih kepada penonton yang sudah memberi sokongan penuh kepada filem ini. Ia menjadi inspirasi kepada kami untuk terus mempersembahkan karya-karya berkualiti yang mampu menarik minat pelbagai lapisan masyarakat,” katanya.

Filem arahan Mohd Shah Faizul Ibrahim ini dihasilkan selepas Nadia Nadzri selaku idea asal dan penerbit melihat sebuah video tular berkenaan seorang ayah yang membuat persembahan di majlis perkahwinan anak perempuannya.

Emosi seorang ayah yang menjaga anak perempuannya dari kecil dan kemudian melepaskan tanggungjawab kepada lelaki lain adalah amat dalam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Babah Kutip RM2 Juta

Dalam pada itu, filem ini turut menggabungkan video tentang seorang perempuan yang bertarung nyawa menghidap Sindrom Gullian-Barre, sejenis gangguan auto imun yang boleh melumpuhkan sistem saraf.

“Ia bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat. Jadi, ia memberikan idea kepada kami untuk menghasilkan sebuah filem dengan gabungan video-video viral itu dan diolah menjadi sebuah jalan cerita yang menarik dan cukup dekat dengan kehidupan masyarakat. 
“Babah juga cukup istimewa kerana ia sangat dekat dengan penonton yang akan menimbulkan rasa penuh emosi,” ujarnya.

Babah Kutip RM2 Juta

Sementara itu, mereka berharap pada cuti sekolah yang akan tiba, lebih ramai anak muda datang menonton agar mereka dapat merasai pengorbanan ibu dan ayah selama ini.

Sumber: Harian Metro (Ridzuan Abdul Rahman)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kisah seorang pemuda, Amirrul Mukminin bin Mohd Zain yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang ke Kelantan dari tempat kerjanya,...

Spotlight

Nama pelakon Indonesia, Jefri Nichol menjadi bualan hangat di media sosial selepas satu perkongsian memaparkan dirinya berpelukan mesra dengan seorang wanita yang didakwa sebagai...

Sosial

Usahawan terkenal Heliza Maysuri menarik perhatian ramai apabila berkongsi pengalaman uniknya menempah kain kafan untuk alam kubur daripada jenama tempatan terkenal, Rizalman Ibrahim. Usahawan...

Sosial

Bekas isteri personaliti media sosial Chazynash iaitu Fatin Morat tampil membuat kenyataan rasmi berkaitan nafkah dan tanggungjawab terhadap anak-anak mereka. Menerusi satu hantaran di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd