Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KPM Perkenal Elemen TVET Kepada Murid Tahun Satu Bermula 2027

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkenalkan elemen Pendidikan Latihan Teknik dan Vokasional (TVET) di sekolah rendah bermula Tahun Satu melalui Kurikulum Persekolahan 2027.

Foto: BERNAMA

Menurut laporan Berita Harian, Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, elemen TVET akan diperkenalkan kepada murid sekolah rendah untuk memberi penekanan kepada asas TVET dalam bidang berkenaan.

Kah Woh berkata, pengenalan elemen TVET akan dilaksanakan menerusi pembelajaran bersepadu yang menggabungkan pelbagai disiplin ilmu dalam bidang sains, teknologi, digital, seni visual, muzik dan pendidikan kesihatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Seterusnya bagi, murid di tahun lima dan tahun enam akan mempelajari pembelajaran asas disiplin ilmu TVET seperti Teknologi, Sains Rumah Tangga, Kejuruteraan, Pengaturcaraan dan Pertanian.
“Pembelajaran dilaksanakan berasaskan projek yang membolehkan murid mengetahui, memahami dan meneroka aplikasi teknologi dan digital dalam pelbagai bidang.
“Kandungan, kemahiran dan nilai daripada pelbagai bidang teknologi dan digital akan dikembangkan lagi kepada murid di peringkat menengah rendah iaitu tingkatan satu, dua dan tiga bagi mereka mengenali potensi diri seterusnya mendorong minat mereka dalam bidang TVET,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada Khamis.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Jamaludin Yahya (PN-Pasir Salak) sama ada KPM berhasrat mempertimbang cadangan memperkenalkan TVET seawal tingkatan satu untuk membuka peluang kepada pelajar memilih bidang kemahiran yang diminati.

Pada masa sama, beliau berkata KPM yakin inisiatif yang akan dilaksanakan mampu memberi pendedahan awal dan memberi peluang kepada murid memilih bidang TVET setelah tamat tingkatan tiga.

“Pendedahan awal asas pendidikan TVET diperkenalkan kepada semua murid seawal tahun empat di peringkat sekolah rendah melalui mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) bermula tahun 2014.
“Murid diperkenalkan dengan kemahiran berasaskan TVET yang menawarkan bidang utama dalam Teknologi, Sains Rumah Tangga, Kejuruteraan, Pengaturcaraan dan Pertanian.
“Bagi memastikan kesinambungan pendidikan TVET, mulai tahun 2017, mata pelajaran RBT diteruskan kepada murid peringkat menengah rendah tingkatan satu,” ujarnya.

Kah Woh menjelaskan usaha tersebut adalah untuk memastikan murid mendapat pendedahan awal kepada bidang utama TVET sebelum memasuki aliran itu selepas tingkatan tiga.

Sumber: Berita Harian (Suzalina Halid)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Tina Rahman

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Siapa sangka, pencuci mulut ikonik Malaysia kini boleh ditemui jauh di bumi Sweden. Ais kacang RM28 Baru-baru ini, tular di TikTok menerusi perkongsian @wawawandering...

Sosial

Seorang lelaki berbangsa Cina dikenali sebagai Norman Goh menceritakan pengalaman melanjutkan pengajian di universiti idamannya biarpun gagal pada percubaaan pertama. Menerusi perkongsian di Facebook,...

Sosial

Seorang pengguna Facebook, Ishaq Marazi, tampil mendedahkan pandangan berhubung projek pembangunan semula Kampung Sungai Baru yang kini hangat diperkatakan. Menurutnya, beliau merupakan antara pemilik...

Lokal

Sebak dan terharu. Seorang bapa kepada 10 anak menangis teresak-esak sambil sujud syukur di atas pentas selepas lapan anaknya menerima sijil kelahiran secara rasmi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd