Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KPM Lantik 6,034 Guru Kontrak, Selesaikan Isu Kekurangan Pendidik Di Sekolah

Isu kekurangan 20,000 guru sekolah cuba diatasi apabila seramai 6,034 guru baharu lantikan secara kontrak ditempatkan di sekolah di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan (KPM) Isnin lalu.

Menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan, KPM memeberitahu daripada jumlah tersebut, seramai 1,858 calon ditempatkan di sekolah menengah, manakala 4,176 lagi di sekolah rendah.

Foto: Facebook Fadhlina Sidek

“Penempatan baharu lantikan secara kontrak itu dibuat berdasarkan tiga prinsip asas iaitu kepentingan perkhidmatan, kekosongan perjawatan serta keperluan opsyen atau mata pelajaran semasa di sekolah.
“KPM ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) atas lantikan guru baharu lantikan secara kontrak bagi memenuhi keperluan semasa di sekolah seluruh negara,” katanya.

Foto hiasan: Harian Metro

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menerusi kenyataan yang sama, KPM dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) akan terus bekerjasama erat bagi memastikan isu kekurangan guru dapat di atasi.

Pelantikan guru baharu secara kontrak ini adalah cerminan komitmen berterusan Kerajaan MADANI untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara.

Sumber: Facebook Fadhlina Sidek

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Sukan

Jaguh Muay Thai negara, Aliff Rakib mencipta sejarah apabila muncul rakyat Malaysia pertama merangkul gelaran dunia ONE Championship selepas menewaskan legenda Muay Thai Thailand,...

Sosial

Network School yang sebelum ini beroperasi di Forest City, Johor bakal melangkah ke fasa baharu apabila merancang membuka kampus baharunya di Kazakhstan menerusi kerjasama...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd