Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Kongsi Foto Tunai Solat, Pemain Bola Sepak German Robert Bauer Masuk Islam

Pemain pertahanan bola sepak German, Robert Bauer mengumumkan bahawa dirinya telah memeluk agama Islam beberapa hari yang lepas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pengumuman tersebut dibuatnya melalui akaun Instagramnya, @thebauer6 dengan memuat naik gambarnya sedang menunaikan solat bersama bapa mentua, Nassir dan anak lelakinya Issa.

Bauer juga menulis dia memilih untuk mendekati agama Islam sebelum mengucap dua kalimah syahadah melalui sokongan daripada isteri dan keluarga mentunya.

Pemain berusia 28 tahun itu turut meluahkan rasa syukur dan tidak lupa untuk berterima kasih kepada semua orang yang memberi galakan atas jalan yang dipilih.

Menerusi perkongsian tersebut, ramai warga maya mengambil peluang bagi meninggalkan kata-kata positif buat Bauer selepas terbuka hati menerima Islam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selamat datang ke Islam

Alhamdulillah

Difahamkan ketika ini, Bauer bermain untuk kelab Arab Saudi Al-Tai, setelah menyertai Liga Profesional Saudi dengan kontrak setahun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum berpindah ke kelab berkenaan, Bauer pernah bermain untuk beberapa kelab Bundesliga, termasuk Werder Bremen dan 1. FC Nurnberg.

Sumber: Instagram @thebauer6

Anis Rabiatul
Written By

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Majlis persandingan seharusnya menjadi yang ekslusif buat pasangan pengantin bagi meraikan hari bahagia dan tumpuan sepatutnya hanya diberikan kepada mereka. Namun begitu, lain pula...

Spotlight

Baru-baru ini, selebriti Indonesia, Lucinta Luna mendakwa dia kini sudah hamil anak kepada tunangnya, Arten Boltian atau Alan telah berjaya menarik perhatian ramai. Bagaimanapun,...

Sukan

Baru-baru ini, tular di media sosial memaparkan seorang pelajar Orang Asli berusia 12 tahun, Sa’ap Baharom telah ditawarkan untuk menyertai pusat latihan elit bola...

Filem

Umum sedia maklum, filem Jawan yang dibintangi oleh aktor terkenal, Shah Rukh Khan sudah mula ditayangkan di seluruh pawagam pada 7 September lalu. Malah,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM.