Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KKM Bersiap Sedia, Akan Hantar Pasukan Perubatan Bantuan Ke Gaza

KKM Gaza

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersedia dan telah mengenal pasti pasukan perubatan bantuan yang boleh digerakkan ke Semenanjung Gaza, Palestin sebaik sahaja mendapat kebenaran.

KKM dalam kenyataan memaklumkan, penghantaran pasukan berkenaan masih belum dibenarkan kerana ia mengambil kira keadaan semasa peperangan yang berlaku di kawasan tersebut.

Menurut kenyataan, penghantaran pasukan itu akan dibuat menerusi kerjasama Kementerian Luar Negeri (KLN) dan agensi awam lain serta koordinasi oleh Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah.

“Pasukan perubatan ini juga akan didedahkan dengan latihan persediaan yang bersesuaian kerana akan terlibat dalam merawat mangsa-mangsa bencana peperangan,”menurut kenyataan.

KKM Gaza Palestin

Sementara itu, penghantaran alat guna habis consumables dan ubat-ubatan dalam siri penghantaran bantuan kali ketiga akan dilaksanakan dalam tempoh yang terdekat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Penghantaran bantuan kemudahan perubatan pertama dari Malaysia telah dilaksanakan pada 3 Nov lepas, manakala penerbangan kedua dibuat pada 11 Nov, masing-masing sebanyak  20 tan.

Menurut KKM, penyediaan bantuan kemudahan perubatan untuk dihantar ke Palestin itu dibuat menerusi kerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) dan KLN.

KKM Gaza

Bantuan tersebut meliputi alat-alat consumable seperti pam picagari, sutur, kanula IV, peralatan pembalut luka, perkhidmatan neurosurgeri dan pembedahan trauma, kemudahan peralatan seperti katil perubatan dan ubat-ubatan yang bersesuaian.

Kementerian itu juga memaklumkan penambahan kemudahan berkenaan adalah bertujuan menampung keperluan perkhidmatan yang mendesak dan sangat diperlukan oleh rakyat Palestin di Gaza buat masa ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, KKM turut menegaskan tindakan pengeboman ke atas hospital merupakan suatu tindakan yang melanggar hak asasi manusia, tidak berperikemanusiaan serta bertentangan dan melanggar Konvensyen Antarabangsa Geneva.

“Tindakan itu perlu dihentikan serta-merta bagi membolehkan hospital yang masih beroperasi dapat terus memberikan bantuan perawatan perubatan kepada rakyat Palestin yang tercedera,”menurut kenyataan lagi.

KKM Gaza

Artikel lain: Hadapi Musim Banjir, Cuti Kakitangan KKM Mungkin Akan Dibekukan

Kementerian turut memaklumkan menerusi maklumat yang disampaikan oleh Gaza-Medics Worldwide, daripada sejumlah 35 hospital yang terdapat di Gaza, satu pertiga telah musnah dan memerlukan usaha untuk memulihkannya, selain menambah baik kemudahan perkhidmatan perubatan di hospital yang masih beroperasi.

Sumber: FB KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Advertisement. Scroll to continue reading.
+ posts

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Pasangan pelakon popular Hollywood, Jason Statham dan Rosie Huntington-Whiteley tampil berpakaian sopan serta menutup aurat ketika lawat masjid telah berjaya raih pujian peminat. Menerusi hantaran...

Dunia

Amaran mengenai fenomena  ribut solar dahsyat yang diramalkan berlaku pada awal tahun depan telah dikeluarkan oleh beberapa orang saintis dan dijangka cukup kuat. Mungkin...

Spotlight

Video penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) dan suami barunya, Tiko Aryawardhana di ‘after party’ usai dari majlis resepsi perkahwinan mereka telah tular ...

Dunia

11 pendaki ditemukan maut susulan letusan Gunung Berapi Marapi di Sumatera Barat dan tiga lagi pendaki ditemukan selamat oleh penyelamat Indonesia. Menurut laporan Reuters,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM.