Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Bayi Maut: Polis Rekod Keterangan 12 Individu, Akan Panggil Beberapa Lagi

Polis telah merekodkan keterangan 12 individu bagi membantu siasatan kes kematian bayi lelaki berusia empat bulan di sebuah pusat asuhan dalam Hospital Seberang Jaya (HSJ), Bukit Mertajam pada Isnin lalu.

Menurut laporan Bernama, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail berkata mereka terdiri daripada pekerja dan pemilik pusat asuhan itu serta ibu bapa bayi tersebut.

“Polis akan memanggil beberapa lagi individu untuk dirakamkan kenyataan,” katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Sebelum ini, polis mengesahkan kematian Hayl Haarith Mohd Syafaeez pada 4.20 pagi Isnin selepas dikejarkan ke Jabatan Kecemasan HSJ dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Bayi itu dihantar ke pusat asuhan yang beroperasi 24 jam sehari kerana ibunya, seorang jururawat bertugas syif malam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sehubungan dengan itu, polis menahan dua wanita berusia 22 tahun yang kini direman sehingga 16 Mac untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.

Sumber: Bernama

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kerjasama strategik antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bakal memperkukuh kesedaran pertahanan dalam kalangan mahasiswa, di samping memberi nilai tambah...

Kolumnis

Persekitaran keselamatan serantau yang berubah pantas menuntut sumber manusia pertahanan yang tangkas, celik teknologi dan mampu beroperasi dalam rangka kerjasama awam–tentera. Melalui Kajian Separuh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd