Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Kereta Dicuri Sebelum Ke Hangzhou, Emas Jadi Penawar Hati Abdul Latif

Disebalik kejayaan jaguh lompat jauh negara, Datuk Abdul Latif Romly yang meraih emas di Sukan Para Asia (APG) Hangzhou 2022, beliau menyimpan kisah duka sebelum bertolak ke Hangzhou.

Memetik laporan Bernama, atlet kelahiran Perlis itu mengaku beliau tidak berada pada prestasi sebenar semasa APG disebabkan kecederaan pada bahagian paha.

Kereta Abdul Latif dicuri

Foto: Utusan

Selain itu, atlet berusia 26 tahun itu turut berkongsi bahawa beliau kehilangan keretanya beberapa minggu sebelum berlepas ke Hangzhou.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata, kereta tersebut merupakan hadiah daripada Syarikat Naza Corporation atas kejayaannya meraih pingat emas dalam Sukan Paralimpik Rio 2016.

Malah, Abdul Latif sangat terkilan atas kehilangan kereta berkenaan disamping asyik memikirkannya sehinggakan isteri, Nurul Nabila Farhana Musaidi meminta untuk fokus kepada APG dahulu.

Pada masa yang sama, walaupun kereta Abdul Latif yang dicuri itu akhirnya dijumpai namun kereta tersebut tidak dapat digunakan semula kerana telah dipotong dua.

“Dua tiga minggu sebelum saya ke Hangzhou, kereta saya kena curi. Saya pula asyik fikirkan kereta yang hilang tapi isteri banyak bagi semangat dan minta saya fokus kepada sukan dulu.

Foto: Sinar Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kereta Kia pemberian 2016 itu berjaya dijumpai di Batu Caves (Selangor) tapi dah kena potong,” katanya.

Selain kereta, beliau turut menerima Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) hasil dari kejayaannya meraih emas tujuh tahun lepas.

Sumbangan SHAKAM tersebut bernilai sebanyak RM1 juta disamping turut menerima beberapa sumbangan lain dari syarikat korporat.

Pada APG Hangzhou 2022, Abdul Latif mempertahankan emas miliknya buat kali ketiga berturut-turut dalam acara lompat jauh T20 (kecacatan fizikal).

Artikel lain: Atlet IPT Sumbang Separuh Pingat Kontinjen Negara Di Sukan Asia Hangzhou 2022

Sebelum ini, beliau meraih emas buat kali pertama pada edisi 2014 di Incheon, Korea Selatan dan kali kedua pada edisi 2018 di Jakarta-Palembang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagi APG 2022 di Stadium Pusat Huanglong, Abdul Latid melakukan lompatan terbaik dengan jarak 7.18 meter dalam percubaan keempat.

Jarak tersebut mengatasi pencabar terdekat Hassan Nasser Dawshi dari Arab yang meraih perak, manakala gangsa pula dimenangi rakan senegara, Zulkifly Abdullah.

Foto: The Star

Walaupun mendominasi saingan, Abdul Latif akan mengambil langkah berhati-hati bagi mengelakkan kecederaan berulang pada pahanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau akan memberikan keutamaan kepada Kejohanan Olahraga Para Dunia dan Sukan Paralimpik Paris 2024 pada tahun hadapan.

Sumber: Bernama (Muhammad Afiff Md Adnan)

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Pemimpin kanan Bersatu, Mas Ermieyati Samsudin mempersoal kanyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kunjungan 165 kadet Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di...

Sosial

Seorang pembantu rumah Indonesia melahirkan anak secara tiba-tiba di kediaman majikannya sehingga mengejutkan keluarga tersebut baru-baru ini. Foto: Facebook Menurut laporan New Straits Times,...

Sukan

Skuad futsal Malaysia ditewaskan 0-6 oleh Indonesia yang berada di kedudukan ke-28 dunia pada aksi persahabatan yang berlangsung di Gor Among Rogo, Yogyakarta, semalam....

Lokal

Sejumlah mata wang asing bernilai kira-kira RM5 juta ditemukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika menggeledah sebuah pangsapuri di ibu negara, yang didakwa dijadikan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd