Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kerajaan Melaka Bakal Laksana Sistem QR, Kenal Pasti Pemilik Haiwan Ternakan Berkeliaran

Kerajaan Melaka mengambil inisiatif bakal melaksanakan sistem digital bagi mengenal pasti pemilik haiwan ternakan yang berkeliaran di atas jalan raya.

Susulan itu, Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusof, menyatakan bahawa semua penternak di negeri itu bakal diwajibkan mendaftar dalam sistem berkenaan dengan setiap haiwan ternakan mereka ‘dibekalkan’ kod QR.

Kerajaan Melaka

Foto: Harian Metro

Kerajaan Melaka Laksana Sistem QR Pada Pemilik Haiwan Ternakan

Katanya, melalui kod QR berkenaan akan dinyatakan alamat pemilik haiwan ternakan terbabit untuk memudahkan tindakan penguatkuasaan undang-undang diambil jika haiwan berkeliaran.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Melaka hari ini

“Dalam kod QR berkenaan akan dinyatakan alamat pemilik haiwan ternakan berkeliaran terbabit untuk memudahkan tindakan penguatkuasaan undang-undang diambil.
“Inisiatif itu dilakukan melalui pewartaan terhadap Undang-Undang Kecil (UUK) di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT) yang mewajibkan setiap penternak untuk mendaftar dengan sistem berkenaan,” katanya dalam Majlis Pertukaran Dokumen Perjanjian Inisiatif Kampung Digital Melaka antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan Kerajaan Negeri Melaka, semalam.

Foto: Berita Harian

Ditulis oleh Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Bekas banduan yang menempuh perjalanan hidup luar biasa menerima perkenan untuk menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam satu pertemuan hampir sejam pada...

Lokal

Tiga kanak-kanak ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam kolam kumbahan berhampiran Flat Sibu Jaya di sini pada Rabu. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan...

Bisnes

Proton Holdings Bhd (PROTON) secara rasmi melancarkan model hibrid plug-in pertamanya, Proton e.MAS 7 PHEV, sekali gus menandakan langkah strategik jenama nasional itu dalam...

Lokal

Penceramah bebas yang pernah terpalit kontroversi, Ustaz Faridul Firdaus Zaulkapli dijatuhi hukuman penjara 10 hari oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak pada Rabu selepas didapati...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd