Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dakwa Konon ‘Tidur’, Dua Individu Rakam KM Melaka Diarah Keluar Dewan

Dua pemerhati yang dipercayai merakam dan menyebarkan klip video mendakwa kononnya Ketua Menteri Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh tertidur ketika Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Seri Negeri Ayer Keroh, telah diarah keluar dewan hari ini.

Memetik laporan MalaysiaGazette, video berdurasi 17 saat itu kemudiannya dimuat naik oleh Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dalam laman sosial Facebooknya, meskipun beliau tidak berada dalam dewan semasa kejadian itu dirakam.

Keluar Dewan

Foto: Utusan Malaysia

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan berkata, individu terlibat yang merupakan pemerhati telah diarah keluar dari dewan atas tindakan tidak bertanggungjawab yang jelas berniat jahat.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya difahamkan bentara dewan telah menghalau keluar dua orang individu yang tidak bertanggungjawab ini kerana berniat jahat untuk merakam video itu dan ditularkan.
“Ketua Menteri kita ini setiap hari tidur lewat dan bangun awal, salah satu Ketua Menteri yang selalu hadir ke pejabat Seri Negeri ini yang paling awal mengalahkan Exco.
“Tadi saya berada empat orang sebelah yang bersama Ketua Menteri. Bukanlah Ketua Menteri tidur, jadi ini salah satu video yang berniat jahat untuk menjatuhkan imej Ketua Menteri kita,” katanya.

Diarah Keluar Dewan

Keluar Dewan

Foto: MalaysiaGazette

Artikel lain: Wan Ahmad Fayhsal Duduk Di Bangku Pemerhati, Nafi Dihalau Keluar Dewan Rakyat

Menurut laporan Utusan Malaysia pula, video berkenaan dipercayai telah dimuat naik oleh Mas Ermieyati dengan kapsyen yang dianggap bergurau kasar.

“Kesian YAB… terlelap nampaknya. Keletihan …Overtime semalam ya….” tulis Mas Ermieyati sebagai kapsyen video berkenaan.

Tambah Fairul Nizam, DUN Melaka diminta mengambil tindakan tegas kepada pemerhati termasuk menguatkuasakan larangan membawa telefon bimbit, kecuali kepada ahli dewan, ex-officio, pegawai kerajaan dan pengamal media.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya berharap pihak tidak bertanggungjawab menularkan video ini menafikan sekeras-kerasnya apa yang berlaku dan memadam video berkenaan dengan segera memandangkan kami semua berada di dalam dewan dan tahu situasi sebenar,” ujarnya.

Sumber: Utusan Malaysia, MalaysiaGazette

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd