Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Kedah Mahu RM200 Juta Setahun, Tegaskan Tuntutan Berasas Atas Pengorbanan Tanah Padi

Kerajaan Negeri Kedah tetap komited untuk meneruskan tuntutan bayaran insentif khas sebanyak RM200 juta setahun daripada Kerajaan Persekutuan.

Tuntutan ini dibuat sebagai menghargai pengorbanan negeri tersebut yang terus mengekalkan kawasan jelapang padi demi memastikan bekalan beras negara sentiasa mencukupi dan terjamin.

Menurut Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, pihaknya tidak bersetuju dengan cadangan bayaran sebanyak RM41 juta setahun yang dikemukakan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Malaysia (PlanMalaysia) melalui Pelan Induk Perancangan Guna Tanah Kawasan Sumber Makanan Negara (KAGUMN).

Kedah mahu RM200 juta setahun

Kedah mahu RM200 juta setahun

Jelas beliau, jumlah yang ditawarkan itu dianggap terlalu rendah dan tidak setimpal dengan kerugian hasil yang terpaksa ditanggung oleh negeri Kedah demi memastikan kawasan tanaman padi dan hutan kekal terpelihara sebagai sumber bekalan makanan dan air untuk negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Permohonan RM200 juta oleh kerajaan negeri masih dalam pertimbangan Pusat. Beberapa libat urus diadakan termasuk Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) terakhir yang mana PlanMalaysia membentangkan sistem KAGUMN.
“PlanMalaysia mencadangkan bagi keseluruhan kawasan jelapang dan luar jelapang, Kedah patut diberi insentif khas RM41 juta, namun kerajaan negeri melihat nilai dicadangkan masih terlalu jauh,” katanya.

Sanusi berkata demikian bagi menjawab soalan Hanif Ghazali (PN-Tanjung Dawai) berkaitan perkembangan permohonan RM200 juta kepada Kerajaan Persekutuan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Ujar Sanusi lagi, kerajaan negeri mencadangkan supaya Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan bayaran insentif sekurang-kurangnya RM157 juta setahun kepada Kedah, sekiranya pengiraan berdasarkan model Pelan Induk Perancangan Guna Tanah Kawasan Sumber Makanan Negara (KAGUMN) digunakan sebagai asas rundingan.

Artikel lain: TPM Fadillah Pimpin Misi PETRA Perkukuh Kerjasama Tenaga Global Ke 2 Negara

Kedah mahu RM200 juta setahun

“Saya harap Pusat terus mempertimbang permohonan ini kerana kalau kita keluar daripada tanggungjawab sebagai negeri jelapang padi, sudah tentu negara akan mengalami kesukaran.
“Ada orang cakap kita suka minta duit percuma, dia tak tahu kos yang kita tanggung, Kedah bukannya buat permohonan tanpa asas. Ini bukan luar biasa, kita tuntut atas pengorbanan kita tanggung selama ini,” katanya.

Malah, Sanusi akan menggunakan pendekatan rundingan secara matang dengan disokong alasan yang kukuh dalam memastikan tuntutan tersebut dipertimbangkan kerajaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya rasa tak ada orang waras menolak alasan yang masuk akal. Saya rasa Kerajaan Persekutuan faham, cuma mungkin kekangan dari sudut fiskal negara yang nak dielakkan kerana mungkin kalau mula bagi (insentif) tak boleh berhenti.
“Tetapi saya rasa daripada RM430 bilion bajet tahunan negara, tiada masalah untuk beri RM200 juta demi kekalkan kawasan pertanian paling penting untuk makanan negara yang perlu diberi keutamaan,” katanya.

Dalam pada itu, Sanusi menjelaskan tuntutan tersebut adalah berasas memandangkan Kedah terus mengekalkan kawasan hutan sebagai kawasan tadahan dan bekalan air

“Kehilangan hasil cukai tanah yang dikekalkan untuk kawasan padi begitu besar. Sekitar 5,000 hektar tanah termasuk dalam rancangan tempatan daerah yang boleh dibangunkan projek lain sama ada perumahan, industri, komersial yang boleh mengubah nilai cukai tanah itu.
“Daripada keseluruhan kawasan termasuk dalam rancangan itu, jika kita ubah syarat tanah, kita boleh kutip cukai sewa tanah, cukai ubah jenis kegunaan tanah, cukai taksiran, caj pemajuan dan caj sumber air mentah yang dianggarkan RM116 juta,” katanya.

Sumber: Berita Harian (Noorazura Abdul Rahman)

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Politik

Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Mokhtar Senik mengemukakan pendapat bahawa pari tersebut hanya akan kekal relevan sebagai parti politik Islam jika...

Sosial

Pengasas syarikat kosmetik, Cubre Mi, Afzalizah Nizam Azizan menjadi perhatian warganet setelah menyediakan hadiah barangan mewah buat anaknya sempena sambutan Hari Guru yang diadakan...

Nasional

Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) meneruskan kesinambungan Program Bicara Eksekutif 2025 dengan topik hangat semasa — Kenaikan Tarif dan Dampaknya Kepada Ekonomi Malaysia. Program ilmiah...

Nasional

Kerajaan bersetuju melanjutkan Program Repatriasi Migran 2.0 (PRM 2.0) bermula 19 Mei ini hingga 30 April tahun depan khusus untuk Semenanjung Malaysia dan Wilayah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd