Connect with us

WOW

Kawal Kes Jenayah Jalanan, Polis Pakistan Tubuh Pasukan Berkasut Roda

Baru-baru ini, pihak polis di bandar paling besar Pakistan, Karachi dikhabarkan telah menubuhkan pasukan bersenjata yang memakai kasut roda dalam usaha membendung kes kecurian dan gangguan yang berlaku di jalanan.

Unit yang terdiri daripada 20 orang anggota itu merupakan sebahagian dari Unit Keselamatan Khas (SSU), merangkumi 10 pegawai lelaki dan 10 pegawai wanita.

Mereka ditugaskan untuk mengawal kesalahan jenayah yang berlaku di lorong-lorong dan jalan-jalan sempit memandangkan kasut roda memudahkan kerja mereka untuk mengejar perompak menaiki motosikal di bandar yang didiami 20 juta penduduk itu.

Advertisement

Bagaimanapun, anggota polis berkasut roda tidak boleh ditugaskan di seluruh Karachi kerana terdapat segelintir tempat yang mempunyai keadaan jalan yang kurang elok dan tidak rata.

Justeru itu, unit khas berkenaan akan dikerahkan di bahagian bandar dengan kejadian kecurian dan jenayah yang lebih tinggi sahaja.

Menjengah ke laman sosial Twitter, ternyata ramai netizen meninggalkan komen berbaur lucu pada masa yang sama mempertikaikan pendekatan tersebut dengan beberapa kemungkinan situasi yang akan berlaku.

Lari atas rumput

Langgar kulit pisang, semua tewas

Seketul batu boleh tumpaskan seluruh pasukan

Ragut beg tu dan lari naik tangga

Apa jadi kalau lari naik bukit?

Terdahulu, beberapa gambar dan video yang menunjukkan anggota unit itu meluncur beramai-ramai bersama senjata mereka telah menjadi tular di serata internet dan mencuri perhatian ramai netizen di seluruh dunia.

Sumber: Twitter CBS News, Reuters (Syed Raza Hassan)

Advertisement

"Manusia itu asalnya dari tanah, makan hasil tanah, berdiri di atas tanah, akan kembali ke tanah. Kenapa masih bersifat langit?" - Hamka

Continue Reading
Advertisement

Trending