Connect with us

Infozon

Kalau Allah SWT Penyayang, Kenapa Diciptakan Neraka? Ini Sebabnya…

Pernah pada suatu masa dahulu seringkali saya terdengar orang-orangjahil bercakap dan mengatakan kalau tuhan itu baik kenapa adapeperangan di dunia ini? Kenapa buat neraka? Kenapa adanya hukuman? Danlain-lain persoalan yang sering berlegar dan begitu kerap diucapkanterutamanya dari golongan yang tidak percayakan tuhan iaitu “atheisme”.Bahkan ada di kalangan umat Islam sendiri yang marah kepada Allah danmengatakan bahawa Allah itu tidak adil dan sebagainya (kisah benar yangsaya alami sendiri)

Ini adalah satu artikel yang amat menarik bagi diri saya. Semoga iaboleh dimanfaatkan dan dijadikan renungan serta muhasabah diri untukkita semua. Insyaallah…

Ini adalah kisah benar..kisah ini mengenai seorang gadis Melayu,beragama Islam, tetapi dirinya terlalu cetek mengenai pengetahuan danhokum-hukum tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yangmelaksanakan dasar Membangun Bersama Islam, kerap kali pihak berkuasatempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaandan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premisberkenaan menutup aurat.

kalau-allah-swt-penyayang-kenapa-diciptakan-neraka-ini-sebabnya-2

Saya tak pasti berapakah jumlah denda yang akan dikenakan kepadapesalah sekiranya dia didapati melakukan kesalahan, tapi selalunyamereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jikadidapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnyadalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama denganpara pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untukmenyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan dendasemata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005,seorang gadis yang bekerja di salah sebuah lot premis perniagaan diPasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutupaurat. Maka dia pun didenda, setelah surat saman dihulurkan olehpegawai PBT, ustaz ini mula memberikan nasihat kepadanya. “lepas inidiharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan-peratura ini. Iabukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tetapi menutup auratini termasuk juga dalam perintah Allah s.w.t” Ringkasnya.. “kalau kitataat dengan segala perintah-Nya, pasti Dia akan membalas dengan nikmatdi syurga..kalau kita derhaka dan tidak mahu mematuhi perintah-Nya,takut nanti tidak sempat bertaubat. Di takuti kita ini bakal mendapatazab di neraka Allah. TuhanYang Maha Penyayang, Dia sendiri tidak mahukita dicampakkan ke dalam neraka”

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak.”Kalau Tuhan itu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak bolehsediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?” Mungkin daritadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah lahati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosakakidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz itu pun menjawab”Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sensangat gaji saya sekarang? Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam..hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerentin masuk syurgaMungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awaknak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berduajumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?”

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang diaterpinga-pinga dengan muka confused, ustaz itu pun menjelaskan “perkaramacam tadi akan berlaku kalau Allah s.w.t hanya menyediakan syurga.Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orangbaik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diujisebab semua orang akan lulus percuma. Pembunuh akan jumpa orang yangdibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yangterima hukuman. Sebab Tuhan itu baik. Adakah Tuhan macam ni yang kitanak? Awak rasa, adil ke?” Tanya ustaz.

“Ah! mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je..” rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi “Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?”

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya “Adik, saya bagi nasihat Ini kerana kasihsesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil.Sebab itulah neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yangderhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasaawak dah faham sekarang”. Ustaz itu berkata lagi.. “Kita sedang diujisemasa hidup di dunia ini. Jasad kita bahkan segala-galanya milikAllah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah;semuanya dipinjamkan oleh-Nya, sebagai amanah dan ujian..semoga kitadapat bersabar dalam mentaati segala perintah-Nya, untuk kebaikan dirikita juga”.

Jadikanlah kisah ini sebagai renungan dan pemangkin untuk kita lebihdekat lagi dengan pencipta kita iaitu Allah SWT. Moga kita berolehrahmat dan berkat dari Allah SWT. Insyaallah

Story (dicyduk!)

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending