Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kabel Jatuh Terkena Leher Penunggang Motosikal, Pemandu Lori Direman Tiga Hari

Susulan kes seorang penunggang maut selepas kabel jatuh terkena leher akibat ditarik palang kren di Jalan Kulim petang semalam, pemandu lori yang dipercayai punca kejadian direman tiga hari bagi membantu siasatan.

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Helmi Aris, berkata, dalam kemalangan kira-kira 5 petang itu, lelaki tempatan berusia 40-an meninggal dunia selepas tidak sempat mengelak kabel telekomunikasi yang terjatuh atas jalan.

Kabel Jatuh Terkena Leher Penunggang Motosikal, Pemandu Lori Direman Bantu Siasatan

Kabel Jatuh Terkena Leher

Foto: Instagram @jimpulaupinang

“Hasil siasatan awal mendapati wayar itu terjatuh apabila ia tersangkut pada palang kren di belakang lori yang dipandu suspek berusia lingkungan 20-an.
“Pemandu lori ketika itu memandu dari arah Jalan Kulim ke Bukit Mertajam apabila palang kren di belakang kenderaannya tersangkut pada kabel telekomunikasi yang berada dalam keadaan melintang dan mengakibatkan ia (kabel) terjatuh.
“Pada masa sama datang mangsa yang menunggang motosikal dari arah bertentangan, tidak sempat mengelak, lalu mengakibatkan kabel terbabit terkena pada lehernya,” katanya pada Rabu.

Kabel Jatuh Terkena Leher

Foto: Harian Metro

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Bukit Mertajam (HBM) untuk dibedah siasat, manakala pemandu lori sudah ditahan serta Mahkamah Majistret membenarkan reman tiga hari hingga Jumaat.

“Siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.

Kabel Jatuh Terkena Leher

Foto: Kosmo! Online

Artikel lain: Kes Mayat Pemandu Lori Disumbat Dalam Bonet, Keluarga Mahu Keadilan Setimpal

Sehubungan itu, pihak polis menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkannya kepada Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Mohd Ikhmal Mohd Shokri di talian 016-2500386 atau 04-5382222.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro (Nur Izzati Mohamad)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Lokal

Komuniti Orang Asli di sekitar Jalan Pahang di sini menyatakan kesediaan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang...

Lokal

Jenazah empat ahli keluarga yang maut dalam nahas jalan raya di Simpang Renggam, Johor semalam selamat disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd