Ahli keluarga mahukan keadilan yang setimpal susulan penemuan mayat pemandu lori yang disumbat dalam bonet sebuah kereta Proton Waja, di Mersing pada Sabtu.
Memetik laporan MalaysiaGazette, adik arwah, Norashikin Mohammad, 26, menyatakan bahawa keluarganya tidak dapat menerima keadaan abangnya Shakirin, 28, yang diperlakukan sedemikian rupa malah sehingga kini masih terkejut dengan apa yang berlaku.
Pemandu Lori Disumbat Dalam Bonet
Foto: MalaysiaGazette
“Kami sekeluarga mahu keadilan untuk arwah,” demikian luahan adik kepada pemandu lori yang dipercayai dibunuh.
Suri rumah itu berkata, keluarganya mengetahui kejadian yang menimpa abangnya itu selepas hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing pada Sabtu.
Foto: Berita Harian
Menurutnya, mereka sekeluarga termasuk ibu bapanya tidak mengetahui apa yang berlaku dan kenapa dipanggil ke IPD Mersing sebelum membuat proses pengecaman.
Foto: MalaysiaGazette
“Polis beritahu, abang dipercayai dibunuh di tempat lain, mungkin di Johor Bahru tetapi kemudian dibawa ke Mersing. Kami tahu abang tiada musuh, tetapi kawan abang ada beritahu abang pernah diugut oleh suspek.
“Difahamkan, suspek adalah bekas suami kepada wanita yang abang sedang kawan. Setahu kami, wanita itu janda, sebab itu kami tak kisah kalau mereka nak berkahwin tetapi polis maklum pada kami, mereka baharu bercerai bulan ini,” jelasnya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Felda Pasak, pada malam Ahad.
Foto: Sinar Harian
Artikel lain: Dua Penunggang Motosikal Maut, Dirempuh Pemandu Lori Terkena Serangan Jantung
Difahamkan, suspek adalah bekas suami kepada wanita yang Allahyarham Shakirin ada berkawan.
“Setahu kami, wanita itu janda, sebab itu kami tak kisah kalau mereka nak berkahwin tetapi polis maklum pada kami, mereka baharu bercerai bulan ini,” ujarnya lagi.
Jenazah Allahyarham Shakirin selamat disemadikan kira-kira pada jam 8 malam di Tanah Perkuburan Islam Kampung Felda Pasak, Kota Tinggi dengan dihadiri lebih 50 ahli keluarga saudara mara dan kenalan.
Sumber: MalaysiaGazette
