Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Isu Tafsir Ayat Al-Quran, Howard Lee Terima Nasihat Menteri Agama

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menyambut kunjungan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee di sebuah hotel di Kuala Kangsar, Perak, malam tadi.

Ia berikutan kontroversi tafsiran ayat al-Quran yang dibuat oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP itu dalam konteks politik baru-baru ini.

Menerusi sebuah hantaan di laman Facebook pagi tadi, Mohd Na’im berkata perjumpaan bersaama Howard merupakan pertemuan yang sangat membina.

https://www.facebook.com/DatoSetiaDr.Naim/posts/pfbid06iMaJrE6v9WcKjvBo7j2uuSpFjz4wiFtqWputUMfy7KEcpXNWJ2sWPF2TcEQYexcl

Advertisement. Scroll to continue reading.
“YB Howard Lee hadir mengunjungi saya di Casuarina Kuala Kangsar.
“Pertemuan yang sangat membina, satu persefahaman iaitu Islam tetap wajib ditegakkan di Malaysia sebagai agama Persekutuan,” katanya.

Beliau memberitahu, nasihat yang dititipkan supaya berhati-hati memetik ayat daripada kitab suci orang Islam telah dipersetujui oleh Howard.

“YB Howard Lee bersetuju dengan nasihat saya supaya lebih berhati-hati dalam mengambil petikan ayat al-Quran agar tidak menimbulkan salah faham terutama di zaman media sosial ini,” ujarnya.

Sebelum ini, ahli politik berusia 40 tahun itu akhirnya membuat permohonan maaf kepada semua pihak berhubung video tindakannya memetik tafsir ayat al-Quran.

Tambahnya, dia turut menghargai cadangan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki agar tidak mengulang lagi perbuatan yang sama.

Sumber: Facebook Dato’ Setia Dr. Na’im

Advertisement. Scroll to continue reading.

Iffa Sabrina
Ditulis oleh Iffa Sabrina

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Keluarga Allahyarham Syakirah Hanan Mazli, 25, reda dan berlapang dada menerima permohonan maaf daripada keluarga pemandu kereta Honda Jazz yang terbabit dalam kemalangan ngeri...

Sosial

Usahawan dan personaliti YouTube terkenal, Uncle Roger berkongsi pendapat peribadi dengan menggambarkan perasaan teruja untuk mencuba makanan di sebuah restoran baharu, tetapi berakhir dengan...

Sosial

Bapa kepada Allahyarhamah Nurul Athira Auni mengundang sebak warganet apabila luahan dan doa yang dipanjatkan ketika menziarahi pusara anak perempuannya tular di media sosial....

Lokal

Pemandu kereta Honda Jazz yang terlibat dalam kemalangan di Lampu Isyarat Jalan Kemajuan, Kuala Terengganu semalam disahkan mempunyai rekod rawatan psikiatri dan menghidap Major...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd