Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Isu Pelantikan Nurul Izzah! Anwar Ibrahim Terbuka Terima Teguran, Akan Beri Penjelasan

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau terbuka menerima setiap teguran, dan akan memberikan penjelasan berhubung pelantikan Nurul Izzah selaku Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepadanya.

Menegaskan sekali lagi bahawa pelantikan itu dibuat tanpa sebarang bayaran, Anwar berkata beliau mahu Nurul Izzah memainkan peranan membantu kerajaan, antara lain dalam memastikan ketelusan pentadbiran serta urusan perolehan tender kerajaan, berlaku secara teratur dan mengikut prosedur.

“Saya terima baik teguran. Saya jelaskan, itu berbeda dengan pengalaman yang lalu yang biasanya semua lantikan akan melibatkan soal upah dan ganjaran. 
“Dia (Nurul Izzah) datang untuk bantu. Itu sahaja, bukan untuk ambil projek,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Sukan Negara 2021 di sini hari ini.

Perdana Menteri turut mempersoalkan pihak yang mengkritik beliau yang menurut Anwar, mereka sendiri tidak mengamalkan pentadbiran yang telus, malah memberikan kontrak dan tender bernilai jutaan ringgit kepada ahli keluarga mereka.

“Sebab itu saya kata sedia terima teguran. Jika ikhlas saya tiada masalah kerana saya komited memastikan supaya tiada amalan tidak sihat berlaku dalam pentadbiran kerajaan,” katanya.

Mengulas kritikan mengenai amalan nepotisme di sebalik pelantikan anaknya itu,  Anwar menjelaskan perkara itu berlaku jika seseorang diberi jawatan untuk tujuan menyalahguna kuasa, memperkayakan diri, menambah kontrak dan mahu mendapat upah yang tinggi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: BERNAMA

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki dipercayai pemandu treler menangis teresak-esak selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaannya dan dua motosikal di Kilometer 1.2 Lebuhraya Sungai Besi–Ulu Kelang (SUKE)...

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Politik

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd