Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Isu Hutang Harakah, Pemimpin PAS Boleh Jual Nombor Plat VIP – Pemuda Amanah Perak

Isu tuntutan hutang tertunggak bekas syarikat pencetak akhbar Harakah boleh diselesaikan sekiranya pemimpin PAS mengambil serius masalah berkenaan, kata Exco Pemuda Amanah Perak.

Memetik laporan Malaysiakini, Azhar Rahman berkata, jika pihak PAS mahu menyelesaikan masalah tersebut, banyak pilihan yang boleh diambil parti itu untuk mengumpul dana.

Pemimpin PAS boleh jual nombor plat VIP

Pemimpin PAS jual nombor plat VIP

Foto: Malaysiakini

Menurut Azhar, salah satu langkah yang mereka boleh ambil untuk menjana modal ialah dengan jika pemimpin PAS jual nombor plat VIP yang digunakan oleh pemimpinnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau juga berkata, ramai sedia maklum bahawa pemimpin PAS mempunyai kenderaan mewah dengan nombor pendaftaran yang bernilai tinggi.

Artikel berkaitan: “Sudah Hampir Tujuh Tahun..”- Pencetak Harakah Geram! Dakwa PAS Liat Bayar Hutang

“Hasil jualan atau lelongan nombor-nombor plat itu mungkin tidak dapat menebus keseluruhan hutang tapi paling tidak bolehlah lunaskan sebahagian hutang.
“Tindakan ini juga boleh menjadi langkah proaktif bagi mendapatkan wang dengan cepat dan mudah, malah boleh dicontohi ahli PAS dalam usaha mendidik erti pengorbanan,” katanya.

Terdahulu, Pengurus NAJ Press Resources (M) Sdn Bhd, Hussin Jan menyatakan ketidakpuasan hatinya apabila PAS beserta kepimpinannya hidup ‘mewah’ sedangkan ada hutang tertunggak kepada syarikat percetakannya.

Tunggakan bayaran bagi mencetak akhbar rasmi PAS itu dianggarkan bernilai jutaan ringgit dan masih belum dibayar sejak tujuh tahun lalu.

Pemimpin PAS jual nombor plat VIP

Foto: Malaysiakini

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man memohon bekas syarikat pencetak itu menunggu keputusan mahkamah berhubung isu tunggakan hutang berkenaan.

Azhar berkata, PAS tidak sepatutnya membebankan syarikat pencetak tersebut yang telah memberikan perkhidmatan dan mengeluarkan modal untuk menampung kos.

Parti tersebut juga tidak sepatutnya memberikan alasan tunggakan hutang tersebut disebabkan pemimpin terdahulu yang tidak melakukan pembayaran kepada akhbar Harakah.

Pada masa yang sama, Azhar berkata PAS sepatutnya menyelesaikan hutang dahulu sebelum perkara lain kerana ia merupakan antara hal yang ditekankan dalam Islam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pemimpin PAS jual nombor plat VIP

Foto: Malaysiakini

“PAS sebagai sebuah parti yang kuat melaungkan Islam sebagai penyelesaian segala masalah di atas muka bumi ini seharusnya sedar bahawa tuntutan membayar hutang itu adalah wajib dan perlu disegerakan.
“Jangan hanya kuat menjerit tentang Islam semasa pilihan raya sahaja tetapi parti dan pemimpin PAS sendiri tidak mengamalkannya.
“Ketika isu ini masih diselesaikan oleh PAS, maka rakyat kini bolehlah menilai sejauh mana kemampuan serta kesungguhan parti itu dalam isu urus tadbir yang baik,” katanya.

Sumber: Malaysiakini (N Faizal Ghazali)

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang dipenjara 18 tahun dalam pertuduhan menyebabkan kematian tanpa niat Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain...

Spotlight

Pelakon Jennifer Coppen titip ucapan terima kasih kepada semua orang yang hadir ke acara menabur abu mayat suaminya, Yitta Dali Wasink di Pantai Lembeng,...

Nasional

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menggesa semua pihak menghentikan penyebaran poster atau perkara tidak rasmi berkaitan atlet negara di media sosial yang akan...

Bisnes

Platform e-dagang terbesar di Asia Tenggara, Shopee Pte Ltd (Shopee) mengumumkan akan menyemak semula yuran transaksi untuk penjual daripada 2.0 peratus kepada 3.5 peratus...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd