Connect with us

WTF

Isteri Balik PJJ Terus Tinggal Dengan Lelaki Lain, Suami Mengamuk Cabut Kayu Rumah

Baru-baru ini, tular kisah seorang lelaki mengamuk apabila menerima perkhabaran buruk daripada isterinya yang baru pulang selepas 10 tahun PJJ di Hong Kong.

Lebih menghairankan hati suaminya itu apabila si isteri yang dikenali sebagai Anjar Trisnawati tiba-tiba mengupah peguam untuk menuntut perpisahan walaupun rumah tangga mereka baik sahaja.

Ada udang di sebalik batu

Namun siapa sangka, rupanya rahsia wanita berkenaan terbongkar apabila dia didapati curang bersama lelaki lain.

Memetik laporan Sindonews, sekembalinya ke negara asal wanita itu tinggal di rumah lelaki lain yang juga merupakan warga tempatan di Desa Carangrejo, Jawa Timur.

Nekad bersama kekasih gelap sebab dah selesa berdua

Bukan itu sahaja, wanita itu juga nekad untuk dilepaskan oleh suaminya atas alasan sudah selesa hidup bersama kekasih gelap.

Advertisement

Kecewa dan marah dengan perkhabaran itu, si suami pun bertindak merobohkan rumah yang dahulunya dibina bersama isteri.

Sakit hati, suami cabut semua kayu di rumah dengan bantuan penduduk lain

Malah, dia mencabut setiap kayu yang  dipasang dan mengambilnya semula kerana ia milik keluarga sebelah lelaki. Dalam pada itu, dia hanya meninggalkan bangunan rumah yang menjadi milik isterinya.

Simpati dengan nasib malang yang menimpa lelaki itu, penduduk sekitar turut bekerjasama membantu merobohkan rumah tersebut.

Tonton video penuh:

Sumber: Sindonews (Ahmad Subekhi), YouTube JTV Madiun

Advertisement

 

"Manusia itu asalnya dari tanah, makan hasil tanah, berdiri di atas tanah, akan kembali ke tanah. Kenapa masih bersifat langit?" - Hamka

Continue Reading
Advertisement

Trending