Connect with us

Infozon

Genius! Tiada ‘Shooting’ Waktu PKP, Iklan Raya Petronas Guna Animasi Jer!

Iklan raya keluaran Pertronas memang jarang mengecewakan, tahun ini Petronas melancarkan filem web beranimasi penuh pertamanya berjudul ‘Antara Dua Jendela’ menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

‘Antara Dua Jendela’ ini mengisahkan mengenai suasana kehidupan di kampung yang memaparkan watak Pak Tam dan Mak Teh, yang duduk berjiran namun sering kali tiada sefahaman.

Kalau nak tahu, dua jendala yang dimaksudkan adalah rumah Pak Tam dan Mak Teh, dalam animasi ini jendela tersebut digelar Uda dan Dara yang saling mencintai.

Jarak mendekatkan kita jika jendela hati dibuka

Setiap kali Aidilfitri menjelma, rumah Mak Teh sentiasa dipenuhi dengan sanak saudara yang riuh rendah menyambut raya, membuatkan Pak Tam tak senang, lebih-lebih lagi Mak Teh asyik nak minta gula jer.

Beginilah raya 2020

Namun, pada raya 2020 keadaan berubah apabila tiada siapa yang pulang ke kampung, daripada situlah hubungan Pak Tam dan Mak Teh mula jernih, jadi mereka pun beraya bersama di sebalik jendela sambil video call anak masing-masing.

Mak Teh minta gula sebab Pak Tam selalu bitter

Iklan tersebut kini menjadi sensasi baru di sosial media, rata-rata netizen tersentuh bercampur terhibur dengan mesej yang cuba disampaikan.

https://twitter.com/adeeboshe/status/1263099684593098757

Iklan Petronas memang genius

Setiap tahun iklan petronas jarang mengecewakan

Meskipun kita kini terpaksa berjauhan dengan ahli keluarga lantaran daripada Covid-19, tidak bermakna kita berseorangan. Hargailah insan terdekat dengan kita.

Filem web ini boleh ditonton di saluran YouTube dan laman Facebook rasmi PETRONAS. Versi berdurasi 90 saat akan ditayangkan di TV bermula 20 Mei hingga 14 Jun 2020.

Sumber : Youtube, Twitter & Utusan Borneo

Continue Reading
Advertisement

Trending