Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

“Saya Tak Akan Maafkan Pelaku Dan Keluarganya..” – Ibu Mangsa Dirempuh Honda Jazz

“Saya tak boleh terima (permohonan maaf keluarga), itu anak saya. Pedihnya hati sebab dia sangat rapat dengan saya, berkawan macam mana pun dia rapat dengan mama dia”

Itu luahan ibu salah seorang mangsa kemalangan maut di Persiaran Senawang 1 di sini Khamis lalu yang tidak menerima maaf daripada pelaku dan keluarganya.

Menurut laporan Kosmo, Rohani Ab. Ghani, 46, mahu keadilan buat arwah anaknya anak bongsunya, Muhammad Aswari Lotpi, 16, dimana nyawa harus dibalas dengan nyawa.

Dia hampir hilang kewarasan apabila mengenangkan kematian Muhammad Aswari tambahan pula arwah merupakan anak yang baik dan tidak pernah menyusahkannya.

Ibu Mangsa Dirempuh Honda Jazz

 Ibu Mangsa Dirempuh Honda Jazz

“Tak sangka dia pergi macam tu tinggalkan saya. Sampai mati saya takkan maafkan. Nyawa dibayar nyawa. Banyak mana duit pun saya tak terima. Allahu­akbar,” katanya selain menganggap Muhammad Aswari mati dibunuh.

Kata Rohani, ketika hari kejadian Muhammad Aswari keluar rumah pada jam 3.30 untuk berbuka puasa bersama rakan dan menerima berita kemalangan anaknya itu pada jam 8 malam.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Anak saya dibawa ke hospital ketika saya tiba dan saya pengsan. Saya janji mahu bawa dia beli baju raya.
“Arwah sangat baik kerana memahami keadaan diri saya yang merupakan ibu tunggal dan orang susah. Kenapa saya perlu hadapi cabaran kematian anak?” katanya sambil menangis.

Apa yang lebih menyedihkan, Rohani kini hanya mampu mencium dan memeluk baju yang dipakai arwah ketika kemalangan bagi mengubati rindu.

Artikel lain: Nahas Dirempuh Honda Jazz: Mangsa Ketiga Maut Selamat Dikebumikan

Ibu Mangsa Dirempuh Honda Jazz

“Setiap hari saya cium dan peluk baju itu sebab saya mahu tidur dan peluk dia. Hiba hati saya ingatkan dia,” katanya.

Muhammad Aswari meninggal dunia apabila motosikal yang dia tunggang dirempuh kereta Honda Jazz pada pukul 8.30 malam di persimpangan lampu isyarat Matahari Height, Persiaran Senawang 1, pada Khamis.

Dalam kemalangan ngeri itu turut mengorbankan Muhammad Aidil Ramdan Abdullah, yang menunggang motosikal Modenas Kriss, manakala adiknya, Muhammad Asraf Adha parah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pemandu kereta, Muhammad Aidid Nuqman Norizan, 18, serta penumpang, Muhammad Ameer Ikhwan Mohd Azril, 17, cedera parah.

Malam tadi, media melaporkan seorang lagi mangsa yang dikenali sebagai Aisar Azim Abdullah, 17 disahkan meninggal dunia jam 7.23 malam ketika sedang dirawat di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ).

dirempuh Honda Jazz

Sumber: Kosmo (Nor Ainna Hamzah)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Insiden menyayat hati melibatkan bot pelancong terbalik di perairan Pulau Perhentian pada malam Sabtu lepas kini mengundang kemarahan ramai apabila pemandu bot terbabit disahkan...

Lokal

Tiga mayat yang dipercayai merupakan sekeluarga ditemukan dalam keadaan mereput di sebuah rumah di Taman Bukit Kristal di Seremban pada petang Selasa. Menurut laporan...

Lokal

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak melakukan perkara-perkara khurafat di kawasan perkuburan mangsa nahas bas di Gerik,...

Nasional

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 sebagai tidak berpelembagaan. Menurut laporan Berita Harian, keputusan itu dicapai sebulat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd