Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Hasil Iklan, Langganan X Akan Disumbangkan Kepada Hospital Israel – Elon Musk

Pengasas X, Elon Musk mendedahkan semua hasil iklan dan langganan media itu yang berkaitan perang di Gaza akan disumbangkan hospital di Israel dan Palang Merah di wilayah Palestin.

Menurut laporan Business Standard, perkara tersebut dimaklumkan Musk menerusi sebuah hantaran di laman X dimana syarikatnya akan memantau bagaimana dana itu akan dibelanjakan melalui Persatuan Palang Merah termasuk Bulan Sabit Merah.

Jelasnya lagi, dia bertindak sedemikian kerana tidak mahu wang tersebut digunakan oleh kumpulan Hamas.

Hasil iklan X disumbangkan hospital Israel

Artikel lain: CEO Telegram Tetap Pendirian, Tak Akan Sekat Hantaran Mengenai Palestin

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kita harus mengambil berat tentang mereka yang tidak bersalah tanpa mengira kaum, kepercayaan, agama atau apa sahaja,” ujarnya.

Keputusan itu diambil  selepas sokongan Musk terhadap tweet anti-Semitik yang menerima kecaman daripada pelbagai spektrum penentang dan organisasi, termasuk Liga Anti-Fitnah, sebuah kumpulan advokasi yang bertujuan untuk mencegah prasangka anti-Yahudi.

Jutawan itu sebelum ini menjawab kiriman di X yang mendakwa bahawa orang Yahudi telah menghasut kebencian terhadap orang kulit putih meskipun diminta untuk berhenti melakukan perkara sedemikian.

Sumber: Business Standard

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tular satu rakaman  kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang pengawal keselamatan atau guard ditampar seorang pemandu lelaki yang dipercayai berang di sebuah pondok keselamatan....

Sosial

Video seorang pak cik lempar petai atas jalan tular di media sosial apabila dipercayai kecewa selepas tidak dibenarkan berniaga di lokasi tersebut oleh penguat...

Sosial

Seorang pemuda India belanja anak yatim baju raya bagi mengembirakan mereka kerana pernah merasai hal sama hidup tanpa kehadiran bapa tersayang sewaktu kecil. TikToker...

Sosial

Ustaz Firdaus Firabib yang tidak asing lagi di Kedah telah menerima usul daripada Kariah Masjid Al-Busyra di Merbok apabila meminta agar elaun imam dipotong....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd