Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Hampir Sebulan Meninggal Dunia, Jasad Pemain Badminton China Masih Disimpan Di Yogyakarta

Jasad pemain badminton China, Zhang Zhi Jie yang meninggal dunia di gelangang ketika dalam perlawanan Kejohanan Remaja Asia di Yogyakarta, Indonesia masih belum dituntut keluarganya sehingga kini.

Memetik laporan Kompas.com, sehingga Rabu (24 Julai), sudah masuk 24 hari jasad atlet China itu tersimpan di Hospital RSUP Dr Sardjito, Sleman, Yogyakarta.

Jasad pemain badminton China masih disimpan di Yogyakarta

Jasad Pemain Badminton China Masih Di Yogyakarta

Menurut Jurucakap Persatuan Bulutangkis Seluruh Indonesia (PBSI), Broto Happy juga mengesahkan jasad Zhang Zhi Jie yang mengalami masalah jantung terhenti itu masih berada di hospital berkenaan.

Bagaimanapun, Broto menjelaskan pihak keluarga telah meminta agar jasad atlet berusia 17 tahun itu tetap berada di hospital itu untuk sementara waktu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Insiden Pemain Pemuda China Meninggal Dunia, BWF Semak Semula Protokol Kecemasan

“Benar, hingga kini jenazah Zhang Zhi Jie masih di RS Sardjito Yogyakarta. Maklumat yang diterima daripada panitia pelaksana setempat, pihak keluarga meminta tempoh satu minggu lagi untuk mengambilnya,” katanya.

Dalam pada itu, Broto mengakui dia sendiri tidak tahu alasan di sebalik permintaan keluarga Zhang Zhi Jie tersebut, namun memberitahun bahawa pihak PBSI sedia menanggung proses pemulangan jasad atlet tersebut ke negara asalnya.

Jasad Pemain Badminton China Masih Di Yogyakarta

Sementara itu, Ketua Bahagian Undang-Undang dan Perhubungan Masyarakat RSUP Dr Sardjito, Banu Hermaan memberi jaminan bahawa jasad tersebut dalam keadaan baik.

“Insya-Allah (bertahan) lama, kerana peti pendingin mampu menyimpan jasad untuk jangka masa panjang. Tidak ada perawatan khas, hanya disimpan saja,” ujarnya.

Pihaknya masih menunggu arahan dan maklumat daripada keluarga atlet tersebut atau keputusan daripada PBSI berkenaan pengambilan jenazah Zhang Zhi Jie.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kami masih menunggu keputusan dari keluarganya atau maklumat daripad PBSI,” jelasnya.

Terdahulu, Zhang Zhi Jie yang mewakili China meninggal dunia ketika sedang menentang wakil Jepun, Kazuma Kawano pada 30 Jun lalu.

Sebaik tamat pusingan pertama, Zhang Zhi Jie tiba-tiba jatuh dan mengalami kekejangan kemuidan pengsan lalu dibawa ke hospital.

Sumber: Kompas.com

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Kediaman seorang individu bergelar Tan Sri yang dikaitkan dengan kes penyelewengan dana sukuk pembinaan lebuh raya di Lembah Klang dilaporkan dikawal ketat oleh polis...

Sosial

Pemergian 15 penuntut UPSI dalam nahas menyayat hati di Gerik, Perak baru-baru ini meninggalkan kesan mendalam buat seluruh rakyat Malaysia. Pemandu van kongsi pengalaman...

Sosial

Seorang lelaki yang dipercayai guru tampil memohon maaf melalui laman Facebook miliknya selepas menerima kritikan hebat susulan satu kenyataan yang dimuat naik berkaitan pelajar...

Sosial

Bapa kepada Nurly Shahirah Azman, 23, yang merupakan salah seorang penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), yang terkorban dalam nahas bas di Gerik, Perak...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd