Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Hasrat Hadir Konvokesyen Tak Kesampaian, Rider Maut Dirempuh Ketika Cari Rezeki

Seorang penunggang p-hailing, Azim Haikal Noor Aziddin dilaporkan maut selepas dirempuh sebuah Proton X70 di Jalan 17/21, Petaling Jaya, Selasa, ketika sedang bekerja mencari rezeki.

Lagi 3 minggu nak konvo

Menerusi perkongsian seorang pengguna Thread dikenali sebagai faizalroadtofit yang merupakan jirannya, mangsa merupakan  mahasiswa di Universiti Islam Selangor difahamkan hanya berbaki sekitar tiga minggu sebelum meraikan hari konvokesyennya.

“Arwah yang terlibat kemalangan ketika sedang bekerja sebagai rider, perginya ketika mencari rezeki.
“Lebih menyentuh hati, arwah hanya berbaki sekitar tiga minggu lagi untuk konvokesyen,” ujarnya.

Jenazah Allahyarham selamat disemadikan sekitar pukul 10 pagi Rabu di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tangkas, Bangi.

Dalam masa sama, Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Sosial UIS memaklumkan arwah merupakan penuntut Diploma Komunikasi di Fakulti Sains Sosial universiti berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“PMFSS ingin merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga atas kehilangan yang amat dirasai ini.
“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh,” tulis wakil persatuan itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Shamsudin Mamat berkata siasatan mendapati pemandu lelaki tempatan berusia lingkungan 70-an hilang kawalan akibat kecuaian ketika dalam perjalanan pulang sebelum merempuh mangsa di laluan bertentangan.

“Siasatan mendapati pemandu mempunyai lesen memandu yang sah dan telah ditahan bagi membantu siasatan.
“Bagaimanapun, ujian saringan air kencing dan alkohol yang dijalankan ke atas pemandu didapati negatif,” katanya.

Beliau turut memaklumkan pemandu berkenaan telah dibebaskan dengan jaminan polis atas faktor kesihatan selain mempunyai penyakit.

Sumber: Thread faizalroadtofit

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Lokal

Seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) cedera selepas terkena tembakan pada bahagian pipi kanan sehingga menembusi rahang bawah kiri ketika menjalani latihan menembak di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd