Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Prabowo Bangga Gaji Hakim Indonesia Lebih Tinggi Berbanding Malaysia, Naik 280 Peratus

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menzahirkan rasa bangga apabila kadar gaji hakim di negara itu didakwa kini melonjak sehingga 280 peratus, sekali gus dipercayai mengatasi beberapa negara jiran termasuk Malaysia dan Singapura.

Menurut beliau, perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Ketua Mahkamah Agung Indonesia, Sunarto, selepas menghadiri pertemuan bersama Ketua-Ketua Mahkamah Agung negara ASEAN.

Katanya, Ketua Mahkamah Agung Malaysia turut dilaporkan memuji perubahan itu dan mengakui kali pertama gaji hakim Indonesia melepasi kadar yang diterima hakim di Malaysia.

“Ketua Mahkamah Agung Malaysia menyampaikan kepada Ketua Mahkamah Agung Indonesia bahawa beliau kagum dengan Indonesia.
“Katanya, buat pertama kali gaji hakim Indonesia lebih tinggi daripada gaji hakim Malaysia,” kata Prabowo ketika menghadiri majlis penyerahan wang rampasan hasil operasi Pasukan Petugas Penertiban Kawasan Hutan (Satgas PKH) di Jakarta, Rabu.

Prabowo turut mendakwa gaji hakim paling junior di Indonesia kini hampir dua kali ganda lebih tinggi berbanding hakim junior di Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau menjelaskan, kenaikan besar itu dilaksanakan sebagai langkah memastikan institusi kehakiman kekal bebas daripada rasuah dan pengaruh sogokan.

“Kami memilih mereka dengan baik dan mereka perlu diberikan pendapatan mencukupi supaya hakim-hakim kita tidak boleh disogok,” katanya lagi.

Dalam pada itu, kerajaan Indonesia turut berjanji menyediakan kemudahan kediaman rasmi lebih selesa kepada kira-kira 8,900 hakim di seluruh negara.

Prabowo berkata, ramai hakim terpaksa berpindah mengikut lokasi penugasan, justeru kemudahan perumahan itu amat diperlukan bagi menjamin kebajikan mereka.

“Saya juga sudah mengarahkan Menteri Perumahan Rakyat menyediakan rumah untuk semua hakim kerana elaun perumahan mereka ketika ini masih rendah,”ujar beliau.

Beliau bagaimanapun menegaskan bahawa peningkatan elaun dan kemudahan itu perlu seiring dengan integriti tinggi dalam kalangan warga kehakiman.

“Rakyat kini semakin peka dan sentiasa memantau setiap keputusan mahkamah. Keadilan tidak boleh sekadar menjadi slogan, sebaliknya mesti benar-benar dirasai masyarakat,” tegasnya.

Sumber: Detiknews

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Sosial

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melahirkan rasa sedih terhadap keadaan Dataran Merdeka yang dipenuhi sampah sarap selepas ribuan penyokong berhimpun bagi menyaksikan siaran langsung...

Lokal

Ketua Putera MIC Kebangsaan, Dr Shatesh Kumar Sangar membidas kenyataan berhubung isu penghapusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menurutnya masih belum...

Lokal

Seorang pegawai imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini pada Isnin atas tujuh pertuduhan menerima suapan setiap bulan bagi melindungi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd