Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Mat Salleh Ulas Pasal Pesta Air, Tak Tonjol Budaya Tempatan – “Kurang Gambarkan Identiti Malaysia”

Seorang pelancong dari Australia yang dikenali sebagai Roman Travel mencuri perhatian selepas berkongsi pandangannya mengenai sebuah acara pesta air, Rain Rave Water Music Festival 2026 di Bukit Bintang, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurutnya, festival tersebut dianjurkan dengan baik dan meriah namun beliau merasakan elemen budaya tempatan tidak begitu menonjol berbanding suasana muzik elektronik dan hiburan moden yang menjadi tarikan utama acara itu.

“Saya boleh faham kenapa orang suka, suasana memang seronok. Tapi secara peribadi, ia tidak terasa begitu Malaysia,” katanya menerusi dua hantaran video di aplikasi TikTok.

Dia bagaimanapun menegaskan bahawa pandangan itu bersifat peribadi dan tidak berniat untuk mengkritik acara berkenaan.

Roman berkata, sepanjang tempoh tinggal di Malaysia, dia lebih menghargai pengalaman budaya tempatan seperti sambutan yang lebih menyerlahkan identiti sebenar negara ini melalui kepelbagaian kaum, warna, makanan dan tradisi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam masa yang sama, Roman menjelaskan bahawa dia memahami kedua-dua sudut pandang tersebut dan tiada niat untuk tidak menerima pendapat umum.

Malah, dia mencadangkan agar Malaysia mempertimbangkan penganjuran festival gabungan yang menampilkan elemen budaya pelbagai kaum bersama hiburan moden serta persembahan artis tempatan.

“Bagi saya, pengalaman menyambut Merdeka, Tahun Baharu Cina, Deepavali, Festival Sarong, Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri benar-benar menonjolkan keunikan Malaysia,” ujarnya selepas sembilan bulan menetap di Malaysia.

Katanya, pendekatan itu boleh menjadi tarikan pelancongan yang lebih kuat kerana ia bukan sahaja menawarkan hiburan tetapi juga pengalaman budaya yang lebih menyeluruh.

“Saya rasa Malaysia mempunyai sesuatu yang sangat unik. Mungkin idea terbaik ialah gabungkan budaya dan hiburan moden dalam satu pengalaman,” katanya lagi.
Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kisah seorang pelajar yang pernah kerap tidak hadir ke sekolah akhirnya bertukar menjadi inspirasi apabila kini berjaya menjadi anggota bomba, hasil perubahan yang bermula...

Lokal

Pemandu kereta Proton Persona yang kritikal selepas kemalangan di Kilometer 71 Jalan Johor Bahru–Mersing pada petang Jumaat disahkan meninggal dunia pada malam Sabtu. Kamilin...

Sosial

Seorang lelaki berkongsi luahan susulan tular dakwaan wajah isterinya mirip mangsa kes pembunuhan tragis, arwah Nurfisya Zulkifly yang dilaporkan berlaku di Kampung Simah, Ketereh,...

Lokal

Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun terhadap Rosmaini Abdul Raof selepas mendapati hukuman terdahulu tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd