Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

PM Anwar Minta FAM Teliti Desakan Tarik Kerakyatan 7 Pemain Warisan Harimau Malaya

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Persatuan Bolasepak Malaysia mengadakan perbincangan lanjut berhubung desakan supaya kerakyatan tujuh pemain warisan Harimau Malaya ditarik balik.

Hasil perbincangan FAM perlu kemukakan kepada KDN

Memetik laporan daripada Malaysia Gazette, beliau menyatakan hasil perbincangan tersebut perlu dikemukakan kepada Kementerian Dalam Negeri untuk tindakan lanjut mengikut proses sedia ada.

“Yang itu biar FAM bincang dulu, kemudian dikemuka kepada Menteri Dalam Negeri. Ikut proses biasa,” katanya kepada media selepas merasmikan Hari Belia Negara 2026 di Sendayan, Negeri Sembilan.

Foto: Pejabat Perdana Menteri

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan agar kerakyatan tujuh pemain warisan Harimau Malaya ditarik balik susulan kontroversi membabitkan status dokumentasi mereka.

Sebelum ini, kumpulan penyokong bola sepak negara, Ultras Malaya mendesak supaya kerakyatan tujuh pemain terbabit ditarik balik menerusi pelaksanaan ‘boikot fasa 1’ terhadap pasukan kebangsaan yang berkuat kuasa serta-merta.

Selain tuntutan itu, Ultras Malaya turut mahu pengurusan Harimau Malaya dikembalikan kepada FAM serta menggesa reformasi bola sepak negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, Mahkamah Timbang Tara Sukan menolak rayuan yang dikemukakan FAM dan pemain terbabit berhubung dakwaan pemalsuan dokumen.

Keputusan itu sekali gus mengekalkan hukuman penggantungan selama 12 bulan yang sebelum ini dijatuhkan oleh FIFA.

Tujuh pemain terlibat ialah Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Gabriel Palmero, Jon Irazabal dan Hector Hevel.

Sumber: Malaysia Gazette 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Ketua Menteri Tamil Nadu, C. Joseph Vijay mengarahkan penutupan segera 717 premis jualan arak milik TASMAC yang dikenal pasti terletak berhampiran kawasan sensitif termasuk...

Nasional

Di sebalik uniform yang disarung demi mempertahankan keselamatan negara, warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga mereka di kem seluruh negara turut berdepan realiti...

Politik

Kemenangan bintang filem terkenal yang kini bergelar ahli politik, C. Joseph Vijay bersama partinya Tamilaga Vettri Kazhagam dalam pilihan raya negeri Tamil Nadu disifatkan...

Lokal

Tokoh kewangan Islam, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar bersama rakan kongsinya, Datuk Norliza Tajuddin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd