Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Gara-Gara Hidap Alzheimer, Chris Hemsworth Terpaksa Perlahankan Karier Lakonan

Aktor terkenal Amerika Syarikat, Chris Hemsworth membuat perancangan untuk tidak mengambil banyak tawaran lakonan filem susulan menghidap penyait Alzheimer sejak November tahun lalu.

Menurut laporan Mirror UK, Chris yang terkenal dengan watak Thor dalam filem marvel itu belum berhasrat untuk meninggalkan dunia seni namun, hanya memperlahankan sahaja kerjaya sebagai pelakon.

Difahamkan juga, pelakon yang berusia 39 tahun itu sedang sibuk untuk beberapa projek  yang bakal ditayangkan termasuk filem Thor dalam sekual Avengers selain biografi Hulk Hogan.

“Dia tidak merancang untuk mengambil banyak peranan kerana sedar akan risiko tinggi yang dihadapi oleh pesakit Alzheimer,” kata sumber.

Bagaimanapun, sumber tersebut memaklumkan Chris seakan-akan ke arah untuk bersara dalam dunia lakonan malah, dia berisiko tinggi menghidap Alzheimer ketika penggambaran dokumentari National Geographic dan Disney+, Limitless.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bukan itu sahaja, Chris pernah memberitahu dia mahu berehat dengan tenang bersama isteri dan tiga orang anaknya iaitu India, Sasha dan Trisha.

“Saya mahu berehat dan berada dalam ruang yang tenang bersama isteri saya Elsa Pataky dan tiga lagi anak kami, India, Sasha dan Trisha,” ujarnya lagi.

Terdahulu, doktor telah mengesahkan aktor tersebut terdedah untuk menghidap penyakit nyanyuk tersebut antara lapan hingga 10 kali ganda.

Mana tidaknya, Chris mendedahkan datuknya mengalami masalah tersebut dan disebabkan mempunyai keturunan yang sama, dia juga cenderung untuk alami masalah tersebut.

Sumber: Mirror UK 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kadang kita lupa, kata-kata kecil boleh meninggalkan kesan besar. Semalam, satu isu tular di media sosial membabitkan seorang ‘live host’ Tiktok yang bekerja dengan...

Lokal

Kisah tular membabitkan Safiudeen Pakkeer Mohamed, (lelaki yang disiram depan bank) akhirnya menemui titik penyelesaian apabila lelaki berusia 39 tahun itu bakal pulang ke...

Sosial

Tindakan usahawan popular, Jofliam berkongsi aksi membiarkan dua orang anaknya iaitu Han dan Yuki menghasilkan contengan lukisan pada kotak piza milik pelanggan mencetuskan kemarahan...

Sosial

Personaliti media sosial, Prince Syed meluahkan rasa lega apabila tampil bersederhana ketika muncul dalam konten di media sosial. Menerusi rakaman video yang dikongsikan semula...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd