Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Fahmi Reza Bebas Lokap Sabah, Dihantar Pulang Ke Semenanjung

Aktivis dan pereka grafik kontroversi, Fahmi Reza sudah bebas lokap dan dihantar pulang ke Kuala Lumpur selepas dibebaskan dengan jaminan polis, malam tadi.

Memetik laporan Harian Metro, perkara itu telah disahkan oleh Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun ketika ditanya perkembangan siasatan polis terhadap Fahmi.

Fahmi Reza Bebas Lokap

Fahmi Reza Bebas Lokap

Foto: Facebook Fahmi Reza

“Ya, dia sudah dibebaskan dengan jaminan polis dan dihantar pulang melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada jam 9.30 malam tadi.
“Pihak polis hanya menghantarnya ke KKIA, manakala urusan selebihnya diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk penghantaran pulang,” katanya.

Menurut laporan Malaysiakini, Fahmi atau nama penuhnya Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin sepatutnya direman hingga hari ini untuk siasatan polis.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siasatan antara lain berkaitan karikatur berbaur penghinaan terhadap Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah Ke-11, Tun Musa Aman.

Fahmi Reza Bebas Lokap

Foto: Facebook Fahmi Reza

Artikel lain: Fahmi Reza Akan Direman Susulan Poster Berbaur Hinaan TYT Sabah

Bukan itu sahaja, menyingkap kongsiannya di Facebook, Fahmi seolah-olah menyindir dengan mengucapkan terima kasih kerana memberikan ‘servis lima bintang’ semasa penginapannya selama dua hari satu malam di ‘Hotel Penampang’ polis, lebih baik berbanding pengalamannya di lokap polis Dang Wangi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Facebook Fahmi Reza

Dia disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Selasa lalu, Fahmi dibawa ke Mahkamah Majistret bagi mendapatkan perintah tahanan reman selepas ditahan ketika datang sendiri ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang.

Sumber: Harian Metro, Malaysiakini, Facebook Fahmi Reza

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelatih industri yang maut ketika menjalankan kerja pembersihan tangki air di Bandar Saujana Utama, Sungai Buloh menyifatkan pemergian anaknya sebagai satu kehilangan...

Nasional

Kalau korang berada di Melaka hujung minggu ini, jangan terkejut kalau Morten Walk jadi antara lokasi paling meriah. Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia (KHPM) Edisi...

Dunia

Beberapa pengguna media sosial tampil mempertikaikan dakwaan aktivis Rohingya, Noor Azizah mengenai pengalaman hidupnya di Sabah selepas mendakwa mengenali keluarganya ketika menetap di Sandakan...

Lokal

Pelarian Rohingya di Malaysia perlu diberikan akses pekerjaan dan pendidikan secara sah menerusi sistem lebih tersusun bagi mengurangkan kebergantungan kepada bantuan serta mengelakkan mereka...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd