Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Fahmi Reza Akan Direman Susulan Poster Berbaur Hinaan TYT Sabah

Aktivis dan pereka grafik, Fahmi Reza akan direman hari ini susulan 30 laporan polis  berkaitan karikatur berbaur menghina berhubung pelantikan Yang Dipertua Negeri Sabah ke-11, Tun Musa Aman.

Memetik laporan Kosmo! Online, Fahmi ditahan semasa hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Penampang kira-kira pukul 5 petang, semalam.

Foto: Malaysia Tribune

Pada 19 Disember lalu, Fahmi atau nama sebenarnya Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin turut dirakam percakapan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman berkaitan karikatur yang sama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun ketika dihubungi mengesahkan penahanan Fahmi.

“Betul (ditahan) tapi belum direman,” katanya.

Menurut laporan Utusan Malaysia pula, difahamkan permohonan reman terhadap aktivis berkenaan akan dilakukan hari ini.

“Kalau aku tak update sebelum jam 8 malam maknanya aku tidur lokap malam ni. Macam biasa, ingat kita ada hak untuk menolak daripada menjawab soalan polis!,” tulis Fahmi di paparan laman Facebooknya, semalam.

Foto: Facebook Fahmi Reza

Artikel lain: Polis Kesan Fahmi Reza Susulan Poster Penghinaan Terhadap TYT Sabah

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam sidang akhbar semalam, Jauteh memaklumkan sebanyak 30 laporan polis telah diterima berkaitan poster karikatur yang dilukis oleh Fahmi berkaitan Tun Musa Aman yang ditampal di beberapa lokasi di Sabah.

Fahmi berada di Sabah sejak Jumaat dipercayai untuk hadir menyertai Perhimpunan Aman Gempur Rasuah Sabah yang dianjurkan Suara Mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada hari ini di depan Menara Kinabalu.

Siasatan terhadap Fahmi dilakukan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sumber: Kosmo! Online, Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Pemain sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi menegaskan komitmennya untuk terus bersama kelab Harimau Selatan bagi tempoh yang panjang. Menurut laporan Kosmo!...

Politik

Timbalan Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan telah mengkritik kenyataan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengenai kemungkinan berlakunya Pilihan Raya...

Dunia

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi dilaporkan mengumumkan larangan penyertaan kanak-kanak sebagai jemaah semasa musim haji 2025. Dilarang sertai musim haji 2025 Foto: Azernews...

Lokal

Punca seorang lelaki menembak tukang cuci di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam malam tadi mungkin disebabkan tidak puas hati ditegur supaya mengalihkan barang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd