Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Dijangka Lahir Disember Depan, Son Ye Jin & Hyun Bin Bakal Timang Anak Lelaki

Pasangan selebriti popular Korea Selatan, Son Ye Jin dan Hyun Bin mendedahkan mereka bakal menimang cahaya mata lelaki yang dijangka bakal dilajirkan pada Disember depan.

Berita gembira itu dimaklumkan sendiri oleh pihak agensi mereka serta mengatakan aktres yang berusia 40 tahun itu dalam keadaan baik.

“Son Ye Jin dan Hyun Bin bakal menerima cahaya mata lelaki dan bayi itu akan dilahirkan pada Disember depan. Son Ye Jin kini berada dalam keadaan sihat. Dia sedang membuat persiapan untuk kelahiran anaknya nanti,” kata wakil agensi.

Pada Jun lalu, Son Ye Jin berkongsi mengenai berita kehamilannya kepada para peminat di laman Instagramnya.

Ujarnya, dia mengalami beberapa perubahan pada diri  sendiri sebelum mendapat tahu bahawa dirinya sudah hamil selepas bebapa bulan mendirikan rumah tangga bersama Hyun Bin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sekadar info, Son Ye Jin dan Hyun Bin telah berkahwin pada 31 Mac lalu secara tertutup di  Aston Sheraton House, Grand Walkerhill Hotel di Seoul, Korea Selatan dengan dihadiri keluarga dan teman rapat selepas dua tahun menyulam cinta.

Sumber: mStar

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat lelaki ditahan polis bagi membantu siasatan kes ceroboh kuil di Rawang, Selangor pada Rabu, lapor Bernama. Kes ceroboh kuil di Rawang Ketua Polis...

Sosial

Seorang individu meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa dihidangkan ikan yang tidak dimasak sempurna ketika berkunjung ke restoran milik usahawan dan pempengaruh masakan terkenal, Khairul...

Lokal

Mahkamah Tinggi di Melaka mengetepikan hukuman denda RM1,500 terhadap seorang pengawal keselamatan yang mengaku mencuri susu tepung dan beberapa barangan lain di sebuah pusat...

Lokal

Penemuan baharu melibatkan anggota badan dan kepala dipercayai milik seorang wanita ditemukan di Taman Indah Permai, Sepanggar, pada pagi Khamis. Sebelum ini, beberapa anggota...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd