Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Demi Drama Terbaharu, Yoona Sanggup Naikkan Berat Badan -“Saya Mahu Tukar Imej”

Pelakon dan penyanyi terkenal Korea Selatan, Yoona mengakui dia sedang dalam proses untuk menambahkan berat badannya demi menjayakan sebuah watak menerusi drama terbaharunya, King The Land.

Menerusi temu bual untuk filem ‘Confidential Assignment 2’, Yoona turut menolak spekulasi yang dibuat oleh peminatnya yang mendakwa dia mengalami penambahan berat badan sebanyak 10 kilogram.

Ujar pelakon yang berusia 32 tahun itu lagi, dia tidak tahu daripada mana khabar angin itu datang namun, mengakui beratnya mengalami peningkatan berbanding sebelum ini.

“Saya tidak tahu dari mana khabar angin itu datang. Saya memang menambah berat badan untuk projek seterusnya tetapi ia bukan 10 kilogram,” katanya.

Bukan itu sahaja, Yoona yang juga merupakan salah seorang ahli kumpulan Girls Generation itu juga mendedahkan dia kini sedang bekerja keras untuk menambahkan berat badannya demi drama terbaharunya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya menambah berat badan untuk ‘King the Land’. Saya mahu menukar imej yang saya ada, jadi saya cuba menambah berat badan. Saya cuba bersenam dengan kerap dan berusaha keras untuk makan lebih banyak. Saya tidak pasti sama ada makan snek lewat malam akan membantu, tetapi saya berjaya menaikkan berat badan,” jelasnya lagi.

Difahamkan, drama King The Land akan memulakan penggambaraan sebenar selepas selesai ujian penggambaran dan bakal ditayangkan pada tahun 2023 kelak.

Sumber: Kimchi Daily

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat lelaki ditahan polis bagi membantu siasatan kes ceroboh kuil di Rawang, Selangor pada Rabu, lapor Bernama. Kes ceroboh kuil di Rawang Ketua Polis...

Sosial

Seorang individu meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa dihidangkan ikan yang tidak dimasak sempurna ketika berkunjung ke restoran milik usahawan dan pempengaruh masakan terkenal, Khairul...

Lokal

Mahkamah Tinggi di Melaka mengetepikan hukuman denda RM1,500 terhadap seorang pengawal keselamatan yang mengaku mencuri susu tepung dan beberapa barangan lain di sebuah pusat...

Lokal

Penemuan baharu melibatkan anggota badan dan kepala dipercayai milik seorang wanita ditemukan di Taman Indah Permai, Sepanggar, pada pagi Khamis. Sebelum ini, beberapa anggota...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd